6 Bahan Penyebab Sinki Tersumbat );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

6 Bahan Penyebab Sinki Tersumbat

Ain Huda
Share

Masalah sinki tersumbat memang leceh! Kotor, berbau dan akan mengundang haiwan perosak. Selalunya sinki di dapur yang mengalami masalah ini sebab terlalu kerap guna dan memasak. Tapi itu bukan alasan untuk korang tak nak masak ye. 

Bila start tersumbat, nak basuh pinggan pun susah. Terpaksalah panggil orang yang boleh betulkan. Sebenarnya untuk elak sinki tersumbat senang je. Jangan biarkan bahan pepejal dalam sinki! Selain itu ada 6 bahan yang tidak disangka-sangka boleh menyumbang pada masalah sinki tersumbat ni. Apa 6 bahan tu?

Minyak Masak

Lepas masak, jangan buang minyak dalam sinki! Minyak yang sejuk akan menjadi ketulan lemak yang susah nak hilang. Kalau korang buang minyak dalam sinki saluran akan tersekat dan tersumbat.

Lemak Makanan

Lemak makanan seperti lemak ayam dan lemak daging jangan sekali-kali buang dalam sinki. Tapis lemak semasa mencuci pinggan atau bekas. Kalau dah tersumbat dengan lemak, makin teruk sinki nanti.

Nasi

Jangan biarkan sisa nasi mengalir dalam lubang sinki! Nasi tidak akan cair atau hilang dalam air. Jadi, lepas makan, buang semua sisa nasi dalam pinggan atau periuk nasi. Eh, jangan lupa beras pun akan menganggu saluran paip. Nak cuci beras pastikan beras tak jatuh dalam sinki, okay?

Tepung

Tepung apabila bercampur dengan air akan menjadi pekat, meleket dan likat. Buang bersih-bersih terlebih dahulu tepung yang melekat pada bekas atau mangkuk. Kemudian korang boleh cuci sampai bersih.

Kopi

Macam mana kopi boleh buat sinki tersumbat? Serbuk kopi mudah melekat dan boleh menjadi ketulan besar akan menyekat air pada saluran sinki. Siapa yang suka minum kopi, ingat ye! Tapis dulu serbuk kopi sebelum buang air dalam sinki. Ada tips extra, serbuk kopi boleh dibuat baja kompos tau. Tapis serbuk kopi dan buat baja!

Tisu

Tisu memang dilarang buang merata. Terutama dalam lubang tandas dan sinki! Kenapa masih ada yang tak nak buang dalam tong sampah? Tisu biasa, tisu basah, tisu dapur, kapas atau apa-apa saja yang tidak boleh larut tolong buang di tempat yang betul, ya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!