Tak Tahu Jaga Anak Tanpa Isteri? Ini 7 Ilmu Parenting Untuk Si Ayah );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Tak Tahu Jaga Anak Tanpa Isteri? Ini 7 Ilmu Parenting Untuk Si Ayah

Share
ayah

Secara lazimnya, lelaki akan keluar bekerja manakala isteri pula di rumah menjaga anak-anak.

Tapi, takkan anda sebagai lelaki yang bergelar (atau bakal bergelar) ayah tidak mahu mengambil bahagian dalam membesarkan anak-anak?

Si ayah mungkin berfikir bahawa pasangan mereka lebih arif tentang hal anak-anak. Alangkah bagusnya jikalau lelaki memahami bahawa menjaga anak bukanlah tugas isteri seorang. 

Walhal, menjadi seorang ayah mungkin akan menjadi salah satu peristiwa terbesar dalam hidup anda!

Jadi, coretan kali ini Bae & Beauty akan berkongsi ilmu parenting yang perlu diketahui oleh si ayah ketika menjaga anak tanpa isteri di sisi.

1) Pastikan kesihatan anda terjaga

Meskipun dilihat seperti tidak berapa penting, tapi ia akan mempengaruhi hari anda sepanjang bersama anak-anak.

Mengekalkan tenaga dengan pilihan gaya hidup yang sihat membolehkan anda menjadi lebih bersemangat untuk menjaga anak-anak tanpa pembantu.

Mulakan hari anda dengan fikiran positif dan pengambilan vitamin jangan sesekali diabaikan!

2) ‘No phones’ ketika makan bersama-sama

ayah

Anak-anak akan mencontohi perbuatan orang dewasa jadi baik ayah atau si anak, jangan biasakan makan nasi ‘berulamkan’ telefon.

Semua elektronik mesti dimatikan untuk meningkatkan perbualan keluarga anda. Jangan biarkan sesuatu mengganggu waktu makan keluarga anda. 

3) Kerap bercakap dengan anak-anak

Hal ini tidak akan menjadi masalah untuk isteri tapi bagi suami atau si ayah pasti akan berasa janggal kerana selama ini mereka sibuk bekerja dan kurang berbual bersama anak-anak.

Dalam keadaan anda bersendirian dengan anak di rumah, lakukan aktiviti pembacaan seperti story telling ataupun spelling bee. Bacakan sekurang-kurangnya 20 minit dua kali sehari kepada mereka. 

ayah

Bagi mengelakkan daripada mereka bosan, anda juga boleh bertukar kepada nyanyian. 

4) Jaga waktu tidur anak

ayah

Sesampainya waktu anak-anak tidur, si ayah perlu pastikan anak-anak tidur dengan secukupnya bagi meningkatkan pembangunan fizikal dan mental serta mengelakkan mereka dari sebarang tantrums. 

Namun, setelah anak berumur 6 tahun, mereka biasanya sudah tidak memerlukan tidur pada waktu siang.

Tetapi, anda masih boleh hadkan tidur siang anak kepada 30 minit sahaja supaya tidak mengganggu waktu tidur malam mereka.

5) Selalu memuji anak

Langkah ini sangat mudah kerana si ayah hanya perlu kerap memuji anak-anak. Tunjukkan perasaan sayang itu dengan menjadi ibu bapa yang serba boleh seperti seorang penasihat, guru dan role model.

Tapi pastikan anda tidak memuji secara perbandingan. Walaupun anda menganggapnya hal yang santai tetapi ia tidak memberikan motivasi pada anak-anak.

6) Sabar dan jangan biasakan memarahi anak

ayah

Memang tidak dinafikan lagi, bukan mudah untuk menjaga kanak-kanak sendirian. Ketahuilah, jika anda memilih untuk sabar anda akan terima lebih banyak manfaat berbanding memarahi mereka.

Anak-anak yang membesar dengan kemarahan ibu bapa yang melampau berpotensi untuk menjadi seorang yang pemarah apabila mereka meningkat dewasa. Jangan terkejut jika dia lebih tegas daripada yang anda sangka!

Tapi ini tidak bermakna anda tidak boleh marah mereka. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah seperti bermain tidak jalan raya.

7) Jangan rancang untuk lakukan perkara lain

Jika si ayah sudah mempunyai rancangan bersama rakan atau menonton rancangan di televisyen, sebaiknya anda melupakannya.

Anak-anak seperti bayi tidak mampu mengawal emosi jadi mereka tidak mempunyai waktu yang tetap untuk menangis, tidur dan sebagainya. Jadi, si ayah jangan berangan untuk lakukan perkara yang anda sudah rancang ketika menjaga anak-anak sendirian.

Sebaiknya anda fokus pada si kecil, mereka lebih memerlukan perhatian si ayah berbanding rancangan televisyen yang anda ingin tonton itu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!