7 Jenis Kasut Yang Sesuai Pakai Masa Majlis Konvokesyen );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Kecantikan Trend

7 Jenis Kasut Yang Sesuai Pakai Masa Majlis Konvokesyen

Ain Huda
Share

Eh, dengar cerita result final exam dah keluar. Tahniah semua! Bersyukur tamat juga belajar untuk sem ni. Yang dah habis belajar tu, raikan kejayaan korang. Nampaknya ramai yang tarik nafas lega tengok result, tunggu nak datang majlis graduasi. Walaupun majlis konvokesyen lain daripada dulu, tak ada majlis dalam dewan dan ambil sijil belajar secara online je tapi jangan biarkan kesedihan korang ganggu emosi untuk bergaya.

Lepas ambil sijil, korang boleh photoshoot dengan kejayaan korang tu. Wajiblah pakai cantik-cantik untuk ambil gambar sebagai kenangan penat lelah belajar. Baju dah ada, pastikan kasut pun on point sis. Jom tengok kasut apa yang sesuai untuk dipakai masa majlis graduasi.

Pointed Stiletto Heels

Kasut tinggi yang klasik, evergreen dan elegant. Pointed stiletto heels yang tekstur glossy, sarung pula dengan jubah konvokesyen. Fuh! Cantik sangat sis!

Platform Heels

Kalau korang pakai platform heels ni, masa ambik sijil tu confirm menarik perhatian ramai. Bahagian depan kasut yang tinggi dan tebal, tumit tinggi menampakkan korang lebih tinggi macam international runway model!

Peep Toe Heels

Kasut jenis ini ramai menjadi kegemaran wanita. Simple dan manis je bila dipakai. Korang nampak anggun dan lemah-lembut.

Ankle Strap Heels

Kasut ni lebih sesuai kepada pemilik kaki yang cavovarus atau high arch. Pilih warna kasut yang sedondon dengan warna baju. Mesti cantik nanti.

Wedges Heels

Antara tumit tinggi yang sangat selesa! Tapak yang rata membuatkan korang mudah berjalan, tak penat sangat.

Slingback Heels

Kasut jenis ini ada yang tumit tinggi ada yang rendah. Pilih ikut keselesaan korang. Yang tak suka pakai tumit tinggi, boleh pakai tumit rendah. Ia masih kelihatan menarik, ada tali di bahagian belakang buku laki.

Kitten Heels

Okaylah cukup dengan kasut jenis tumit tinggi. Beralih kepada tumit yang lebih rendah dan selesa sepanjang majlis konvokesyen. Tumit rendah pergerakan korang lebih mudah dan cepat untuk satu hari majlis rasmi. Ehem, tak payah berkaki ayam kalau penat.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!