7 Tips Kekalkan Badan Tidak Berbau Tanpa Pakai Minyak Wangi - Verst Gaya Hidup

Type to search

Gaya Hidup Bae & Beauty

7 Tips Kekalkan Badan Tidak Berbau Tanpa Pakai Minyak Wangi

Share

Menjaga kebersihan diri dan berwangi-wangian adalah perkara wajib bagi perempuan. Minyak wangi adalah senjata utama sebelum keluar rumah. Wangian adalah salah satu faktor keyakinan diri dan membuat orang sekeliling selesa untuk berkawan. Bagaimana pula jika anda terlupa untuk menyembur minyak wangi sebelum keluar?

Untuk elakkan badan berbau, amalkan tips ini. Jika berlaku situasi terlupa memakai minyak wangi atau dalam keadaan terkejar-kejar, sekurang-kurangnya tidaklah orang sekeliling perlu menahan nafas semasa berbual dengan anda.

Mandi

Semua orang tahu mandi adalah perkara utama dalam kehidupan, mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bersihkan badan dengan kerap jika anda mempunyai masalah badan berbau. Kotoran dan peluh yang melekat pada badan akan menghasilkan bau yang tidak enak. Amalkan juga rendam kaki dengan air suam bercampur garam untuk elakkan kaki berbau.

Minum Air Masak

Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 6 hingga 7 gelas sehari. Kebaikan minum air yang cukup dapat membaiki aliran darah, menjaga kebersihan tubuh dan mengurangkan bau badan. Elakkan badan anda terhidrasi dan mulut kering.

Makanan

Pilih makanan yang tepat. Elak makan makanan berlemak, berminyak, berempah dan berbau. Sebagai contoh bawang putih, jering dan petai. Makanan ini mengeluarkan bau yang kurang enak melalui pori-pori kulit dan bercampur peluh. Jadi, jika makanan ini adalah makanan kegemaran anda, pastikan makan pada waktu yang sesuai.

Elakkan Daripada Punca Berbau

Punca utama adalah asap. Tidak kira asap rokok, asap daripada membakar sampah atau asap memasak. Untuk anda yang sering memasak, selepas selesai pastikan anda mandi atau paling tidak anda menukar pakaian yang bersih. Jaga persekitaran yang sukar menghilangkan bau terutama di dalam rumah dan kereta.

Deodorant Dan Losyen Badan

Deodorant mengandungi antiperspirant yang membantu mengurangkan peluh. Peluh adalah punca badan berbau dengan campuran bakteria. Banyak jenis dan jenama deodorant di pasaran. Pilih deodorant yang mempunyai kandungan bahan semula jadi atau amalkan petua hilangkan bau badan dan ketiak. Selepas mandi, jangan malas untuk sapukan losyen badan. Ia juga mampu melembapkan kulit.

Jenis Pakaian

Cuaca di Malaysia tidak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Tidak perlu khuatir lagi untuk memilih jenis material pakaian. Cuaca begini meyebabkan badan mudah berpeluh dan lembap, maka terhasilah bau badan. Material yang paling sesuai untuk menyerap peluh adalah kain kapas atau cotton. Jenis kain ini mampu menyerap peluh dengan lebih cepat.

Basuh Pakaian

Jangan sesekali malas mencuci pakaian termasuk tudung dan anak tudung! Sewaktu mencuci, guna pewangi dan pelembut pakaian agar dapat menghilangkan bau badan yang melekat pada baju. Tidak kira jenis pewangi atau bau janji dapat memberikan keselesaan untuk bernafas.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!