8 Fakta Minuman Boba Yang Korang Wajib Tahu! );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Sihat Trend

8 Fakta Minuman Boba Yang Korang Wajib Tahu!

Ain Huda
Share

Siapa je tak pernah minum boba? Walaupun tak suka mesti pernah minum walaupun sekali. Minuman boba sangat popular sekarang. Pergilah mana pun mesti ada jual minuman boba ni. Pasar malam pun dah ada jual air boba ni.

Boba selalunya dicampurkan dengan minuman manis. Bukan setakat minuman tea je campur boba, air buah pun boleh campur boba ni. Eh, korang tahu tak boba tu apa? Boba tu adalah bebola kenyal yang campur dalam minuman. Okay, jom tengok fakta best pasal boba.

Banyak Versi

Sejak boba terkenal di seluruh dunia, jadi banyaklah nama dan versi boba ni. Ada yang panggil boba, ada juga panggil bubble tea, pearl tea, tapioka tea. Kalau nak ala-ala di negara China boleh panggil boba nai cha, zhen zhou nai cha atau black pearl tea. Banyak sangat nama boba, ikutlah mana-mana korang selesa. Benda sama je, kan?

Asal-Usul

Agak-agak bila start kewujudan boba ni? 2000? 2010? Salah! Semua salah! Boba sudah wujud pada 1980an di Taiwan. Dah lama rupanya boba ni ada, cuma kita je baru tahu. Asalnya boba dari kedai Chun Shui Tang, Lin Hsui Hui di Taiwan. Disajikan dengan pencuci mulut fenyuan yang dibuat dari tepung ubi dengan manisan dicampur dengan teh ais. Emm, macam lazat juga ya.

Dari Tepung Ubi

Boba berasal dari tepung ubi yang direbus dalam air panas. Rebus sampai jadi kenyal, kalau lembik sangat maknanya boba korang tak masak lagi. Tapi tak boleh keras sangat nanti tak boleh kunyah pula. Bukan senang buat boba ni tau!

Jom sertai contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist. Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan BackPackerz. 

Untuk sertai peraduan, korang boleh tekan link ini – Join Contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist

Coldplay

Boba Dalam Air Panas

Boleh ke letak boba dalam air panas? Teh panas? Teh tarik? Jawapannya adalah boleh! Boba pun asal dari air panas. So, tak ada masalah pun nak minum dengan air panas. Tapi kenapa rata-rata orang jual campur dalam air sejuk ya? Apa kata korang cuba dulu, mana tahu sedap?

Boba Boleh Buat Sembelit?

Boba dibuat dari tepung ubi. Tepung ubi mengandungi karbohidrat yang tinggi. Protein, mineral dan serat yang kurang, menyebabkan sistem pelawas korang tidak lancar.

Kesan Selalu Minum Boba

Boba tidak menjejaskan kesihatan yang serious tapi kandungan gula dalam minuman yang menyumbang kepada diabetes dan kerosakan gigi. Dah tahu kesan dia? Boleh minum boba tapi dengan air kosong? Hehe, okay nak minum boba pearls brown sugar milk tea boleh, tapi make sure berpada-pada ye guys!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!