8 Barang Untuk Ayah Tersayang Sempena Father's Day );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Bae & Beauty

Bingung Nak Beli Hadiah Sempena Hari Bapa? 8 Barang Untuk Ayah Tersayang

Share

Walaupun lelaki yang digelar sebagai ayah ni jarang nak luahkan sesuatu dengan perkataan, itu bukanlah bermaksud mereka tidak mahu sesuatu sentimental dari anaknya. 

Kami di Bae&Beauty tahu bukan senang nak cari hadiah yang sesuai untuk para lelaki, lebih-lebih lagi Father’s Day tinggal beberapa hari je lagi ni. 

“Eh bila tarikh Hari Bapa?” Semua pun terpinga-pinga. 

20 Jun ni guys! Alamak… lagi tiga hari sahaja lagi.

Jangan panik! Di sini kami telah senaraikan 8 barang yang boleh dihadiahkan kepada ayah kita semua.

Earphones/headphones

ayah

Dengan memilih earphone dan headphone yang bagus dapat membantu mengurangkan frekuensi video yang kuat dari telefon. Jika ayah korang seorang penggemar muzik, jadi ini pilihan hadiah yang sempurna!

Untuk menikmati suasana lagi, pastikan peranti ini dilengkapi dengan ciri-ciri pengurangan nada bising (noise).

Bluetooth shower speaker

ayah

Ayah yang suka menyanyi juga boleh terus mandi dengan speaker yang dilengkapi sistem Bluetooth dan juga kalis air! Setelah seharian mencari rezeki, ayah boleh lakukan short escape di bilik mandi sambil nyanyi lagu favourite mereka!

Grooming kit

ayah

Lelaki yang berjanggut hanya kelihatan baik jika janggut dijaga dengan rapi. Selalu ayah dah terbiasa sediakan makan pakai anak dan isteri, kali ni jom bantu ayah untuk nampak extra handsome.

Macam mana tu?

Haaa korang boleh hadiahkan grooming kit yang sesuai untuk menjaga penampilan wajah ayah. Ibu korang mungkin akan berterima kasih sebab ayah dah ada produk penjagaan kulit sendiri, dah tak perlu pakai ibu punya hahaha!

Robot vacuum

ayah

Sekiranya ayah korang pernah mengadu tentang jumlah rambut dan habuk di lantai, mungkin sudah tiba masanya untuk kita sebagai anak dapatkan robot untuk atasi masalah ini.

Ini juga hadiah berguna untuk cat parents. Beberapa vakum robot dilengkapi dengan fungsi mop, yang akan menjadikan pembersihan rumah lebih mudah. Lebih senang sekarang di pasaran terdapat vakum robot yang hanya dikawal melalui aplikasi untuk membersihkan rumah.

Jadi ibu dan ayah boleh luangkan masa bersama keluarga tanpa fikirkan rumah, dah macam upah orang gaji tau.

Perfume

ayah

Siapa je tak suka bauan yang wangi? Malah ayah pun suka berbau harum tapi kadang-kadang mereka tak tahu bau perfume mereka terlalu kuat.

Jadi, apa kata bantu ayah pilih minyak wangi atau cologne yang wangi dan tidak terlalu menyakitkan hidung. Korang juga boleh menggunakan ibu untuk bantu pilihkan. Mungkin korang juga dapat belikan minyak wangi untuk ibu sekali!

Watch box

ayah

Macam kita tahu aksesori diri untuk lelaki ni tak banyak sangat pun macam jam, cermin mata dan selebihnya banyak gajet.

Betul tak? Kalau ayah korang sejenis kumpul jam tangan adalah sebaiknya hadiahkan sebuah kotak simpanan untuk koleksi jam mereka. Selain memastikan koleksi jam tangannya tetap teratur, watch box ni dapat elakkan daripada calar. 

Bantal

Semakin lama, ayah kita semakin berusia. Pastikan ayah nikmati waktu rehat mereka dengan bantal atau tilam yang terbaik. Bantal dan tilam yang baik dapat membantu mencegah sakit badan dan kecederaan.

Magnetic desk mat

ayah

Di musim pandemik, rata-rata ibu dah ayah hanya bekerja dari rumah. Alang-alang tu, sediakan perkakas untuk workspace ayah di rumah. Contohnya, magnetic desk mat akan memastikan ruang kerja dan meja ayah sentiasa dalam keadaan tersusun.

Desk mat ini boleh mengelakkan kertas dari berterbangan serta dilengkapi dengan pemegang kabel magnetik agar kabel tetap teratur. Ia juga diperbuat daripada kulit silikon atau PU, jadi amat mudah untuk dicuci dan dibersihkan.

Itulah senarai yang boleh memberi idea kepada anak-anak untuk hadiakan kepada ayah tersayang. Walaupun ayah kita tak minta tapi tak ada salahnya beri kejutan kepada ayah dengan hadiah yang bersesuaian.

Tunjukkan kepadanya betapa anda sebagai anak menghargai semua yang telah dilakukannya untuk keluarga dengan pemberian sempena Hari Bapa yang bakal tiba.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!