8 Petua Boleh Diamalkan Bagi Memudahkan Urusan Di Dapur

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

8 Petua Boleh Diamalkan Bagi Memudahkan Urusan Di Dapur

Share

Sebenarnya nak masak kat dapur ni senang kalau bahan-bahan semua tersedia sebab kita boleh ‘campak-campak’ je dalam kuali.

Pasti ramai pernah mengalami pengalaman bahan masak cepat rosak dan layu sedangkan kita baru je beli. Siapa pernah rasa macam tu?

Sebenarnya, cara kita simpan bahan untuk masak sangat penting supaya tidak berlaku pembaziran dan masakan pun nampak fresh. Walaupun ramai pentingkan rasa masakan tapi kalau rupa makanan tak cantik kita pun tak semangat nak makan kan?

Kali ini, Bae & Beauty nak kongsikan petua dapur yang boleh menjimatkan duit anda semua!

1. Cili padi

@fitriahazman

Cara kak el simpan cili supaya tahan lama. Korang simpan cili cemana? #petuadapur #fyp #buwatjertiktok

♬ original sound - Miez Mahma - Miez Mahma

Bagi yang suka masakan pedas, mesti dapur anda sentiasa ada cili padi. Sampaikan ada sanggup tanam pokok cili padi di rumah. Sambal belacan punya pasal hahahaha!

Untuk pastikan cili padi anda tahan lebih lama, anda perlu buang tangkai dari badan cili. Kemudian, masukkan dalam satu bekas bertutup yang dialas dengan tisu dalamnya. Ha, lepastu masukkan seulas bawang putih yang dah siap kupas dalam bekas cili padi tu.

2. Cili kisar

dapur

Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar berkulat dengan cepat, kisarkan cili dengan sedikit minyak masak.

Kemudian, panaskan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya.

Selepas tu anda kena tunggu untuk sejukkan sekejap. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.

3. Tauhu

dapur

Ini memang min sakit hati kalau nak goreng dia. Selalu je melekat-lekat lepastu dah tak tahu rupa apa tauhu tu.

Siapa yang alami benda yang sama, anda perlu taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng.

Kemudian, tunggu sehingga tauhu yang digoreng bertukar warna baru anda balikan ia. Jika tidak, tauhu akan hancur dan tidak cantik.

4. Taugeh

dapur

Bagi yang tidak tahu, taugeh mudah layu jika dibiarkan terlalu lama. Warnanya akan menjadi coklat dan lembik hanya dalam beberapa hari jika tidak disimpan dengan betul.

Untuk panjangkan jangka hayatnya, kita boleh menyimpannya dalam sebuah bekas berisi air dan dicampur dengan jus lemon.

Taugeh akan lebih segar dan rangup sekurang-kurangnya sehingga seminggu. Kalau tak ada lemon, anda boleh gantikan dengan sedikit garam.

5. Kentang

dapur

Mencuci kentang sebelum menyimpannya boleh membuat kentang menjadi lembap dan mudah ditumbuhi bakteria sehingga ia cepat rosak.

Selain itu, mungkin ramai tak tahu bahawa kelembapan yang tinggi dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pertumbuhan tunas.

Seperkara lagi, elakkan menyimpan kentang berdekatan dengan bawang kerana gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikan bahan-bahan tersebut cepat rosak.

6. Sayuran hijau

dapur

Sayuran berdaun boleh tahan lebih lama jika dibalut dengan tisu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik ziplock.

Apabila dalam peti sejuk, ia melindungi sayur daripada lecur atau layu. 

Satu lagi cara adalah dengan merendam sayuran di dalam air garam selama 2-3 minit. Kemudian, toskan airnya dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk.

7. Hilangkan pahit peria

dapur

Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam di dalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

8. Memudahkan kupas kerang

dapur

Apabila anda teringin makan kerang, sewaktu merebusnya pastikan campurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan.

Kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan mengupas atau membuka kerang itu. Selalunya tidak semua kerang terbuka kulitnya walaupun dah direbus lama.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!