Erra Fazira Tak Tahan Gelak Tengok Anak First Time Masak Nasi );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

“Dia Lupa Masuk Air Daaa…”, Erra Fazira Tak Tahan Gelak Tengok Anak First Time Masak Nasi

Share
masak nasi

Pernah tak sesiapa mengalami pengalaman lucu sewaktu pertama kali masak nasi? Mesti ada kan! Hahaha

Hal itu juga terjadi kepada anak perempuan kepada primadona Malaysia, Erra Fazira yang hanya ditugaskan untuk memasak nasi.

Teruja dengan tugasan itu, Aleesya yang berjaya pada awalnya sebenarnya terlupa satu langkah dimana dia sepatutnya menambah air ke dalam periuk nasi.

Kejadian itu diperiksa oleh Erra apabila dia dilihat sempat untuk merakam dan berkongsi bersama pengikutnya di Instagram, semalam.

“Hari ni hati berbunga-bunga sebab anak masak nasi sendiri.

“Sekali bila time nak makan, bukak-bukak periuk, dia lupa masuk air daaa…,” ujar Erra yang telah menyelesaikan bahagian lauk untuk makan malam.

Rupa ‘nasi’ yang dimasak oleh Aleesya masih ditakuk lama, saling tak berubah dari beras yang dicuci pada awal tadi tapi sekarang sudah menjadi beras yang kering.

Mujur ada nasi lemak yang sudah tersedia menjadi pengganti nasi untuk makan malam mereka.

“Takkan nak makan beras kering! Nasib baik ada standby nasi lemak,” tambah pelakon awet muda ini.

Walau bagaimanapun, Erra tetap memberikan kata-kata semangat kepada anaknya agar tidak berputus asa.

Biasalah, budak baru umur 12 tahun. It’s okay Aleesya, asalkan ada usaha untuk mencuba itu pun sudah memadai.

Lainlah kalau kejadian seperti ini berlaku pada anda yang berada di rumah mak mentua. Memang tekup muka dengan bantal lah gamaknya.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!