Apa Nak Buat Jika Keluarga Mertua Toksik?
Share

Masa bercinta semua manis, rasa tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga bersama yang tersayang. Bila sudah one step closer, pasti anda perlu siapkan diri kerana bila berkahwin anda bukan hanya berkahwin dengan pasangan malah dengan keluarganya sekali. Dengan berbekalkan rasa cinta, memahami, percaya satu sama lain dan sangat bertoleransi, anda dan pasangan yakin dengan keputusan yang diambil.
Tetapi pernah tak terfikir keseluruhan keluarga? Tidak kira belah lelaki atau wanita. Mempunyai mertua toksik adalah mimpi ngeri kepada menantu baik lelaki mahupun wanita, secara norma wanita lebih terkesan. Itu tidak kena, ini tidak kena, duduk diam-diam pun dijegilnya. Siapa sahaja dapat bersabar, kan? Paling teruk bukan hanya mak mertua yang toksik malah anggota keluarga juga turut ‘join the troop’.