5 Benda Yang Akan Berlaku Pada Badan Korang Lepas Umur 30 );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Bae & Beauty

5 Benda Yang Akan Berlaku Pada Badan Korang Lepas Umur 30

Share

Selepas usia 30 tahun, tubuh badan korang akan mula mengamali perubahan yang berbeza dan sebahagian darpadanya boleh mengejutkan korang.

Contoh, walaupun korang lebih berpengalaman, otak kita sebenarnya semakin mengecil. Sekiranya korang sedar yang badan sudah kurang keluarkan peluh selepas umur sudah 30 tahun, itu juga sebahagian daripada proses penuaan.

Jom kita baca apa yang pakar katakan tentang perubahan otak dan badan kita selepas umur 30 tahun.

5. Otak semakin mengecil

Pelik tapi benar. Otak manusia tidak akan tumbuh seiring dengan umur korang. Semakin kita meningkat usia, bahagian tertentu di otak akan menyusut

Otak akan kehilangan kira-kira 50,000 neuron setiap hari selepas usia 30 tahun. Tapi korang jangan panik, sebabnya otak kita tahu macam mana nak sesuaikan diri.

4. Kurang terkena selsema

Waktu kecil, kita selalu sahaja terkena serangan selsema dan kahak. Namun tidak lagi bila sudah meningkat umur ke 30 tahun.

Bersin dan batuk jarang berlaku bila sudah semakin tua. Sebabnya, bila sudah menjengah ke usia pertengahan, korang sudah banyak terkena penyakit dan tindak balas imun korang menjadi lebih luas dan kuat.

Jika ingin makan makanan yang boleh boostkan lagi imun badan korang, boleh lihat di sini. 

3. Metabolisma badan jadi lebih stabil

Kajian juga mengatakan yang metoblisma badan menjadi lebih stabil seiring dengan umur dan tempoh yang paling kritikal adalah bila sudah menjengah di usia 50 hinga 60 tahun.

Selepas umur 80 tahun pula, metabolisma badan menjadi perlahan dan akhirnya akan selesaikan proses penstabilan.

Maksudnya, berat badan korang tak akan mengalami perubahan yang besar dan akan membakar sedikit saja kalori. Disebabkan itulah orang yang berumur 30-an makan lebih sedikit berbanding mereka yang berumur 20-an.

2. Deria rasa semakin lemah

Selera makan korang juga akan berubah seiring dengan usia. Korang akan ada deria rasa yang semakin pudar dan kurang berminat untuk makan.

Sebab itulah, kebanyakan yang berusia 30 tahun ke atas akan hilang beberapa selera makan, paling ketara bila sudah menjengah ke umur 60 tahun.

Sebab itulah orang-orang tua selalu makan makanan yang tinggi masin dan gula kerana deria rasa mereka semakin pudar.

1. Keperibadian korang stabil dan dapat menjadi diri sendiri

Kalau korang habiskan masa remaja korang dalam keadaan yang terlalu emosional dan usia 20-an adalah tempoh untuk buktikan sesuatu kepada dunia, selepas umur 30-an, korang akan menjadi lebih tenang.

Kajian mengatakan yang personaliti dan hormon badan akan menstabilkan keperibadian korang apabila sudah menginjak ke umru 30 tahun. Secara tak langsung, kemungkinan akan berasa lebih bahagia dan lebih puas dalam menjalani kehidupan.

Jadi, apa perkara paling indah apabila sudah menginjak ke umur 30? Atau umur yang mana korang paling suka nikmati?

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!