10 Perkara Akan Jadi Bila Bercinta Dengan Suami Orang );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

10 Perkara Akan Jadi Bila Bercinta Dengan Suami Orang

Share

Oh, isu yang sangat sensitif ye. Mana tak sensitif sis, siapa suruh cari penyakit ye dok? Tajuk kali ini bukan fokus kepada gadis-gadis muda je, yang umur ‘boleh tahan’ pun kena baca dan hadam!

Awas ya, kalau berlaku apa-apa sila tanggung sendiri. Apa jadi kalau korang bercinta dengan laki orang? Bukan boyfriend atau tunang orang tapi SUAMI ORANG guys! Takutnya. Siapa ada sejarah pasal ni? Berani nak mengaku ke?

Cari Bila Perlu

Si dia akan cari korang bila perlu je. Bila dia boring duduk rumah, bila ada masalah dengan isteri atau keluarga. Jumpa untuk lupakan masalah lain atau korang jadi tempat dia luahkan perasaan je. Si dia tak ada niat untuk jadikan korang sebagai isteri pun. Sebab tu dia datang bila dia dah tak ada hala tuju. Kalau dia janji nak kahwin pun dia tipu je tu.

Tak Selamat

Memang tak akan selamat, sis! Bercinta dengan suami orang risiko sangat tinggi. Kalau si isteri tahu pasal hubungan terlarang ni, korang boleh stress atau masuk hospital sebab kena pukul. Tapi zaman sekarang guna cara halus, seperti viralkan muka korang. Haa, lagi ramai netizen kecam. Walaupun zaman teknologi semakin canggih jangan lupa ada juga yang boleh hantar benda halus dari jauh. Tahu-tahu sakit tanpa tahu punca. Fikir-fikirkanlah~~

Takut-Takut

Bila nak keluar dating mesti ada perasaan takut-takut, curiga, insecure. Bukan sebab tak ada keyakinan diri tapi sebab takut kantoi. Nak jalan-jalan dalam mall takut kawan isteri si dia nampak. Nak jalan-jalan di taman takut ada ‘mata-mata’ yang memerhati. Kan penat macam tu. Hubungan pun tak seronok sebab asyik paranoid dengan semua orang.

Asyik Terima Arahan

Contohnya macam ni, korang boleh call dia selepas isteri dan anak-anak dah tidur. Korang boleh jumpa si dia kalau dia ada meeting je. Korang tak boleh post gambar di Instagram. Eh, macam-macamlah tak boleh sebab nak jaga rahsia dia punya pasal. Korang terpaksa akur dan ikut je arahan, kalau tak nanti putus hubungan pula.

Janji Tak Ditepati

Biasalah kalau dah berkongsi, kan? Katanya nak jalan-jalan hujung minggu dengan korang, tiba-tiba anak dia demam pula. So, cancel plan korang. Janji nak dinner sama-sama, eh isteri si dia ajak makan luar pula, cancel lagi. Korang? Duduklah rumah diam-diam, kan PKP tak boleh keluar. Hiks!

Masa Terhad

Haa, siapa suruh bercinta dengan suami orang. Tengah shopping tiba-tiba hilang sebab si dia kena jawab call dari isteri. Tengah tengok wayang tiba-tiba tegok seorang sebab isteri si dia suruh balik. Nasiblah, kan? Tanggungjawab sebagai suami kepada isteri lagi penting dari girlfriend. Nak buat macam mana, kan?

Rasa Bersalah

Korang sebagai perempuan sedikit sebanyak mesti memahami perasaan si isteri. Hati tak tenang, rasa bersalah setiap kali keluar jumpa si dia. Sentiasa berfikir mengenai isteri dan anak-anaknya. Korang rasa tersepit. Nak tinggalkan, sayang tapi kesian pada isteri dan anak-anaknya di rumah.

Pendam Rasa

Selain daripada menerima arahan, jaga hati si dia dan jaga hubungan, korang juga akan memendam rasa. Sampai bila nak menjalinkan hubungan tanpa tujuan? Nak pula si dia tak ada tanda-tanda untuk berkahwin dengan korang. Sampai empat, lima tahun bercinta tapi tak ada rancangan untuk ke alam seterusnya. Si dia pula tak nak berbini dua. Sedihnya.

Tidak Bahagia

Jadi orang ketiga ni sebenarnya tak bahagia. Secara luarannya memang happy tapi bila balik rumah korang seorang-seorang juga. Si dia balik rumah isteri jumpa anak-anak. Dahla rasa bersalah, makan hati pula, bila nak bahagia sis?

Dipandang Negatif

Baru bercinta pun orang dah benci. Nak pula berkahwin dengan suami orang. Memang orang pandang negatif tahap maksimum, sis. Kalau korang cerita masalah korang pada kawan-kawan pun, mereka akan persalahkan korang. 100% salah korang.

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!