Betul Ke Dia ‘The Right One’? Tiga Fasa Cinta Yang Anda Akan Lalui & Belajar Semasa Mencari Cinta Sejati - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Betul Ke Dia ‘The Right One’? Tiga Fasa Cinta Yang Anda Akan Lalui & Belajar Semasa Mencari Cinta Sejati

Hidayah Abdullah
Share

Pasti dalam hati ada keinginan untuk mengakhiri zaman bujang. Anda juga mahukan pasangan yang sentiasa ada di sisi. Kalau ada rezeki, dikurniakan cahaya mata hasil daripada hubungan cinta anda dan pasangan. Tetapi mencari cinta sejati bukanlah seperti memilih barang di pasaraya, mudah dan sentiasa ada. Cinta juga bukanlah seperti memilih barang online, yang berkenan terus purchase.

Kadang kala yang anda rasa sesuai sebenarnya bukanlah yang terbaik. Perasaan bukanlah perkara yang anda boleh paksa. Sebab itu wujudnya peribahasa dan istilah seperti bertepuk sebelah tangan, gila bayang, syok sendiri. Cinta merupakan fasa dalam kehidupan, ada yang berjaya menemui cinta sejati pada fasa pertama dan ada yang mengalah kerana masih belum menjumpai ‘the right one’ meskipun sudah melalui fasa terakhir.

Fasa Pertama – First Love

Tipulah jika anda tidak pernah mengalami fasa cinta monyet pada zaman persekolahan. Bagi yang tidak sempat mengalaminya pasti anda juga ada crush di hati, kan? First love merupakan pengalaman yang mengajar erti suka dan sakit. Bagi sesetengah orang, first love memberi kesan dan meninggalkan memori yang mendalam. Ada juga yang tidak boleh move on sampai sekarang! Mana tidaknya, si dia yang pertama kita menyerahkan hati, nak pula tidak berkekalan. Sakit putus cinta yang pertama bukan biasa-biasa ya! Bagi yang berkekalan tahniah dan selamat berbahagia. Bagi yang tidak, anggap sahaja ini pengajaran hidup yang mengajar anda erti cinta sebenar. Ada satu ketika, pasti anda beranggapan first love atau cinta monyet merupakan kenangan yang kelakar.

Fasa Kedua – Cinta & Pengkhianatan

Fasa ini selalunya dialami bila sudah meningkat dewasa, percayalah fasa ini merupakan the hard one. Fasa ini mengajar anda untuk jadi manusia yang lebih kuat meskipun telah disakiti, ditipu, dikhianati, persengketaan dan dipermainkan. Anda akan belajar do and don’t dalam percintaan. Bak kata orang putih the more you give, the more you tend to get hurt. Hikmahnya, anda akan belajar cinta yang bagaimana anda cari dalam hidup supaya tidak membazir waktu untuk seseorang yang useless.

Fasa Ketiga – Cinta Tidak Diduga

Fasa ini boleh dikatakan fasa berserah. Apabila anda sudah penat mencari pasangan sejati dan mungkin mengambil keputusan untuk berhenti mencari. Dalam hati anda sudah set ‘kalau ada jodoh adalah, kalau tiada okay je’ maknanya ada sudah tidak berusaha keras berfikir mengenai rumah tangga dan keluarga. Tetapi ini bukan ertinya anda mengalah kerana anda masih berharap cuma tidak seghairah dahulu. Cinta penuh kejutan, kadang-kadang yang dikejar bukanlah yang terbaik tapi takdir hadirkan si dia tanpa anda sedari. Waktu ini anda pasanglah tembok setinggi mana, anda elaklah selagi mampu kalau dia untuk adalah jodoh anda, mana lagi anda boleh lari. Mungkin si dia ni bukan forte anda tapi tanpa anda sedar anda mula selesa dengan si dia dan mengambil berat tentang dia. Silap hari bulan anda madly in love dengan si dia dan belajar menerima kekurangan diri masing-masing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!