Break Up Melalui Teks Je? Yang Last Tu Alasan Cliché! );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Trend

Break Up Melalui Teks Je? Yang Last Tu Alasan Cliché!

Ain Huda
Share

Kenapa buat keputusan cerai melalui teks message? Break up melalui Whatsapp? Fuh! Siapa ada pengalaman macam ni je tahu betapa sedihnya hati. Rasa tak dihargai, tak disayangi dan semualah! Ada ke patut buat keputusan melalui teks tanpa bersemuka!

Memang rasa nak marah, kan? Sebab tak dapat penjelasan yang memuaskan hati. Bukan perempuan je jadi mangsa. Ada juga abang-abang dekat luar sana pernah dikecewakan melalui Whatsapp. Okay, jom tengok kenapa ada orang sanggup buat keputusan melalui teks.

Berkomunikasi

Kalau keluarkan suara jadi pergaduhan besar. Mungkin ayat atau intonasi bercakap membuatkan dia tak nak menggunakan suara untuk lafazkan perpisahan. Ada sesetengah orang tak reti menyusun dan menggunakan ayat dengan betul. Kalau tersilap cakap lagi teruk keadaan. Jadi, si dia buat keputusan untuk mengatakan keputusan melalui teks sahaja.

Tak Mahu Bersemuka

Haa kenapa pula tak nak bersemuka? Cakap nak break dalam teks berani pula. Sebenarnya yang jenis putuskan hubungan melalui mesej ni tak nak situasi menjadi awkward atau lebih keruh. Kalau face-to-face, dia nampak pasangan dia sedih ke menangis ke, akan memburukkan lagi keadaan. Mungkin dia tak sanggup nak tengok atau tak sanggup nak lafazkan kata-kata terakhir. Jadi, dia buat keputusan untuk memberitahu melalui teks. Em…

No Get Back!

Selalunya berpisah melalui teks ni adalah keputusan muktamad. Sebab bila pasangan terluka tindakan pertama adalah block dari semua media sosial. Pedih sangat! Dan untuk pengetahuan korang, peluang untuk kembali bersama semula sangat tipis berbanding berpisah secara baik dan bersemuka. So, siapa ada pengalaman? Kalau korang get back macam mana korang cari semula?

Susah Nak Jelaskan

Bagi si dia kalau dia jelaskan sebab perpisahan mungkin akan menggores hati pasangan. Bukan setakat melukakan hati tapi mungkin akan berlaku tindakan yang luar jangkaan atau lebih teruk. Daripada si dia meninggalkan pasangan dengan keadaan luka yang mendalam, lebih baik dia bagitahu keputusan tanpa menjelaskan apa-apa. Sebab tu ada ayat ‘awak terlalu baik untuk saya’. KAN??!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!