Cara Yang Tepat Pakai Deodorant, Barulah Tak Berbau );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Sihat

Cara Tepat Pakai Deodorant, Barulah Ketiak Tak Berbau

Ain Huda
Share

Masalah bau badan memang tidak boleh bawa bincang ye. Masalah ini selalunya berpunca daripada penjagaan kebersihan diri. Jangan tunggu sampai orang tegur, nanti sendiri tak tahu nak letak muka dekat mana.

Ada juga orang yang dah sedaya upaya jaga kebersihan tapi masih ada bau. Puncanya adalah daripada ketiak! Walaupun setiap hari pakai deodorant atau spray pewangi ketiak tapi masih berbau lebih-lebih lagi cuaca panas dan korang kerja di bawah matahari. Okay, jom tengok cara pakai deodorant dengan betul.

Ketiak Bersih Dan Kering

Lepas mandi, macam mana korang bersihkan ketiak? Biar kering sendiri? Untuk dapat hasil yang maksimum, selepas mandi, korang keringkan ketiak dengan tuala. Tepuk ketiak dengan towel sampai betul-betul kering. Kemudian sapu atau spray deodorant. Jangan dalam keadaan lembap pakai deodorant!

Pakai Berlapis-Lapis

Dah elok dah pakai deodorant tapi masalah sekarang ni korang pakai banyak lapis. Jangan pakai deodorant baru dengan keadaan ketiak korang masih ada lagi deodorant yang korang pakai sebelum tu. Tips utama adalah pakai deodorant ketika ketiak bersih dan kering. Kalau korang lapiskan deodorant, bau wangi deodorant tidak akan menyegarkan ketiak korang tapi akan jadi bau yang lagi pelik. Hati-hati ya!

Lepas Cukur

Elak pakai deodorant lepas korang shave, wax, laser atau buang bulu ketiak. Lepas bercukur, kulit akan lebih sensitif dan permukaan kulit ketiak akan menyerap deodorant menyebabkan ketiak berbau.

Jom sertai contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist. Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan BackPackerz. 

Untuk sertai peraduan, korang boleh tekan link ini – Join Contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist

Coldplay

Tidak Sesuai

Apa-apa bahan kosmetik atau penjagaan kulit perlu sesuai dengan kulit sendiri. Setiap orang kulit tidak sama, jadi sebelum korang beli sila test dulu. Ya, test deodorant macam korang test minyak wangi. Sapukan pada pergelangan tangan dan biarkan beberapa minit untuk lihat tindak balas. Kalau gatal atau merah-merah korang kena cuba brand lain. Selain itu, tengok dulu bahan yang digunakan mungkin ada yang korang alergi.

Guna Jenama Yang Sama

Pakai deodorant tapi ketiak basah atau banyak peluh keluar? Kalau jadi macam ini, korang kena tahu kelenjar peluh pada bahagian ketiak tidak biasa menggunakan jenama baru. Oleh itu, kalau korang nak tukar jenama bagi kulit korang masa untuk serasi dengan kandungan deodorant yang baru.

Kesan Deodorant Pada Baju

Kalau pakai baju putih, bahagian ketiak baju mesti ada kesan kekuningan, kan? Untuk elak kesan deodorant melekat pada baju, pastikan deodorant betul-betul kering dulu baru pakai baju. Kalau tidak, rosak baju korang nanti.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!