Doktor Ini Cadang Tanaman Akuaponik Di Rumah Untuk Jimat Belanja );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Doktor Ini Cadang Tanaman Akuaponik Di Rumah Untuk Jimat Belanja

Share
akuaponik

Sepanjang tempoh PKP/PKPB, kita dapat melihat kemerosotan pengimportan sayur-sayuran segar akibat sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan di seluruh Malaysia.

Sekatan jalan raya menyebabkan kelewatan penerimaan sayur-sayuran segar oleh para peniaga runcit justeru mengemukakan persoalan tahap kesegaran sayur-sayuran yang kita peroleh untuk masakan harian.

Oleh sebab itulah ramai yang makin mementingkan gaya hidup yang lestari dan lebih sihat, sebilangan rakyat Malaysia kini giat memulakan perkebunan akuaponik – suatu kaedah pertanian yang semakin popular di negara kita.

Kaedah akuaponik telah berkembang menjadi sesuatu yang popular di kalangan rakyat tempatan kerana ia membolehkan kita menikmati sayur-sayuran yang segar hasil tanaman di halaman rumah sendiri!

Apa itu pertanian akuaponik dan bagaimana ia berfungsi?

Kadang-kadang dikelirukan dengan hidroponik, akuaponik adalah cara pertanian yang revolusioner dengan menggunakan sumber daya minimum untuk menghasilkan tanaman dan sayur-sayuran yang terbaik.

Ia merupakan kaedah pertanian yang menggabungkan akuakultur menggunakan ikan dan hidroponik di mana hasilnya ditanam tanpa tanah.

Ekosistem perkebunan tanpa tanah ini memberi tumpuan kepada pemberian makanan kepada ikan lalu membiarkan hasil buangan mereka memainkan peranan.

Setelah ikan-ikan ini menghasilkan sisa-sisa mereka, sisa-sisa yang berkhasiat ini akan disaring dan diubah menjadi pemakanan tanaman yang kemudiannya disalurkan melalui saluran paip ke dalam biji-biji benih agar dapat tumbuh dengan sebaiknya.

Bagaimana cara memulakan pertanian akuaponik?

Keperluan utama yang harus ada untuk memulakan pertanian akuaponik adalah ikan, ruang untuk membina ladang anda, dan penapis air.

Menurut Dr. Richard Ng, seorang petani akuaponik yang juga pengasas Farm2Fork – penyedia perkakasan akuaponik untuk beberapa ladang – keseimbangan ekologi memainkan peranan besar dalam kejayaan ladang akuaponik.

Beberapa faktor yang menyumbang kepada perkembangan ladang termasuk nisbah ikan ke air, spesies ikan yang diternak (Dr. Richard mengesyorkan Tilapia untuk mereka yang baru bermula) dan suhu ladang.

doktor
Dr. Richard Ng memeriksa menara sayurnya di ladang Akuaponik

“Terdapat begitu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan kerana faktor-faktor ini perlu saling melengkapi dan seimbang untuk membuahkan hasil yang signifikan.
“Penapis air yang kita gunakan juga mampu mendatangkan perbezaan. Tanpa sistem penapisan yang betul, peredaran yang berlaku antara air, tanaman dan ikan tidak akan berfungsi dengan baik,” kata Dr Richard.

Setelah lima tahun berusaha untuk memperbaiki catatan prosesnya, Dr. Richard akhirnya menemui komponen yang tepat untuk memastikan ekosistem yang seimbang bagi memastikan hasil yang terbaik.

akuaponik
Ladang Akuaponik Dr. Richard Ng dengan sistem penapisan air.

Walaupun pelaburan keseluruhannya kelihatan besar pada awalnya, ada banyak sebab mengapa pulangan dari pelaburan ini bermanfaat bukan hanya untuk kesihatan tetapi juga untuk persekitaran kita.

akuaponik
Penumbuhan anak benih sayur di ladang akuaponik.
ikan akuaponik
Jumlah ikan yang sesuai digunakan mengikut ukuran tangki yang tepat memainkan peranan penting dalam pertanian Akuaponik.
akuaponik
Ladang Akuaponik di belakang rumah.
paip air akuaponik
Paip air yang terpasang dari atas akan mengalir ke tanam-tanaman.

Antara kelebihan tanam akuaponik sendiri di rumah ialah

  • 2 in 1 – dapat hasil makanan seperti ikan dan sayuran, tak risau nak baja tanah lagi.
  • Mudah nak jaga kerana tak perlu siram selalu
  • Jimat ruang tanah, boleh guna laman rumah sendiri
  • Dapat selamatkan perairan di Malaysia kerana zero bahan kimia.

Ini hanyalah beberapa faedah utama pertanian akuaponik dimana ia boleh dijadikan penyelesaian kesihatan untuk memperoleh sayur-sayuran segar untuk dinikmati sekeluarga. Ia mudah untuk dikendalikan dan sememangnya mesra alam!

Dengan PKP3.0 yang kini masih berterusan, anda boleh memulakan pertanian akuaponik sebagai salah satu projek baru yang anda boleh usahakan di rumah!

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

  1. MOHD JOHAARY ABDUL HAMID August 31, 2021

    Assalamualaikum warah matullah.

    Dijemput untuk membuat liputan sistem akuaponik Urbankit berjaya menjana pendapatan sampingan dan mengurangkan kos belanja dapur asnaf & komuniti B40 di Masjid Al Hasanah
    https://www.youtube.com/watch?v=6pfVC3AXITs

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!