5 Fakta Angpau Merah Tahun Baru Cina );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 Fakta Angpao Merah Tahun Baru Cina

Share

Selamat Tahun Baru Cina, guys! Tahun ini perayaan Tahun Baru Cina disambut dengan keadaan terkawal dan duduk di rumah sahaja. Tiada mercun dan tiada tarian naga. Tak apa, semua untuk keselamatan bersama.

Tahun Baru Cina ni terkenal dengan pemberian angpao yang berwarna merah. Sebenarnya ada maksud tersendiri mengenai angpao tersebut. Korang kena tahu makna pemberian angpau tu bukan tengok jumlah duit dalam sampul je.

Maksud Angpao

Hong bermaksud merah, bao pula bungkus. Angpao adalah duit dalam sampul merah yang diberi sebagai hadiah atau sumbangan.

4 Tak Boleh, 8 Boleh

Kepercayaan kaum Cina, nombor 4 adalah angka yang tidak baik atau mati. Jumlah duit dalam angpao tak boleh 4. RM4 atau RM40 atau apa-apa saja yang genap 4 tak boleh! Tapi kalau 8 dipercayai bawa kekayaan, untung dan perkara yang baik. Emm, menarik ye fakta yang ni.

Duit Baru

Dalam angpao wajib kena duit baru. Penerima boleh menolak angpao tersebut kalau tahu duit yang diberi adalah duit lama! Memberi angpao ibarat memberi berkat atau mendoakan si penerima. Sebab tu duit kena baru, ia dianggap perkara yang baik-baik je datang. Tapi ada ke yang menolak angpao walaupun bukan duit baru? Hiks!

Kanak-Kanak Dan Bujang

Yang single, ini ada berita baik untuk korang! Tradisi Cina, orang dewasa yang bekerja tapi belum kahwin pun boleh menerima angpao. Bukan kanak-kanak dan budak sekolah je tau. Disebabkan menerima angpao adalah seperti menerima doa, maka si penerima berharap didoakan dapat jodoh dengan cepat. Tapi jangan sampai sanggup tak kahwin sebab nak angpau setiap tahun.

Bukan Pada Raya Cina

Tradisi memberi angpao ni bukan pada hari perayaan sahaja. Di majlis perkahwinan, hari jadi dan masuk rumah baru pun kaum Cina bagi angpao. Oh, tak lupa juga Hari Raya pun dah lama buat tradisi ini dan dianggap sebagai sedekah.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!