Fazura Kini Berhijab Sepenuhnya, Fattah Amin Syukur Impian Tercapai );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Fazura Kini Berhijab Sepenuhnya, Fattah Amin Syukur Impian Tercapai

Share
hijab

Seperti yang kita tahu sebelum ini Fazura sering mengenakan imej sopan dan muslimah walaupun ketika itu dia masih lagi dalam fasa percubaan untuk berhijab.

Alhamdulillah baru-baru ini, isteri kepada Fattah Amin seakan telah membuat penghijrahan yang bermakna dengan memakai hijab sepenuhnya.

“Memang itulah doa saya selama ini” – Fattah Amin

Sebagai suami yang sering berada disisi, Fattah semestinya memanjatkan rasa syukur doanya termakbul apabila melihat perubahan yang datang dari sang isteri sendiri.

“Alhamdulillah, dia pun sudah bertudung, memang itulah doa saya selama ini. Sebagai seorang suami mestilah suka tengok penampilan muslimah dia,” kata pelakon Hero Seorang Cinderella itu sambil tersenyum tanda gembira.

“Ibadah, hijab, hijrah tak perlu nak sensasikan” – Fazura

Namun di sudut Fazura, semuanya itu tidak perlu disensasikan oleh sesiapa.

Malah tegasnya, ibadah, hijab dan hijrah adalah perjalanan hidup seseorang yang terlalu peribadi untuk dihebahkan.

Beliau berkata demikian dalam akaun Instragram miliknya.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat tampil gembira dan mendoakan Fazura agar pelakon manis Gol Dan Gincu ini istiqamah untuk kekal bertudung.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!