Gynecomastia Adalah Masalah Man Boobs Yang Bahaya );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Lifestyle Sihat

Gynecomastia Adalah Masalah Man Boobs Yang Bahaya

Avatar
Share

Selain risau dengan perut yang buncit, lelaki juga dihantui dengan masalah man boobs. Man boobs atau gynecomastia adalah pembesaran tisu payudara biasa yang dialami oleh perempuan. Disebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosterone, lelaki juga boleh mengalami proses ini sama ada sebelah atau kedua-duanya.

Simptom Awal

Masalah ini boleh berkait dengan masalah kesihatan sampingan. Lelaki yang menghidapi masalah gynecomastia membuatkan mereka kurang keyakinan diri dan mempunyai struktur tubuh yang bongkok kerana malu. Simptom awal gynecomastia yang kaum lelaki perlu tahu adalah payudara semakin membesar atau membengkak dan terasa sakit di bahagian payudara.

Apabila payudara ada semakin membengkak dan sakit sehingga mengeluarkan cecair pada puting, masalah ini semakin serious. Anda perlu segera berjumpa doktor dan jalani rawatan.

Punca Gynecomastia

Testosterone adalah hormon kepada lelaki yang membantu kepadatan otot dan pertumbuhan bulu di dada. Manakala estrogen adalah hormon ciri-ciri perempuan termasuk pertumbuhan payudara.

Walaupun estrogen perlu ada dalam badan lelaki, tetapi punca gynecomastia berlaku apabila seorang lelaki mempunyai hormon estrogen berlebihan berbanding testosterone.

Selain daripada hormon, penyebab lain seperti mengambilan ubat akan menyumbang berlakunya gynecomastia.

Masalah Gynecomastia Dari Ubat

  • Ubat kanser
  • Ubat tahan muntah seperti metoclopramide
  • Ubat pesakit AIDS
  • Ubat anti-anxiety
  • Ubat jantung seperti digoxin

Masalah Gynecomastia Dalam Perubatan

  • Kegagalan buah pinggang
  • Kegagalan hati
  • Kurang nutrisi
  • Proses penuaan
  • Tumor

Masalah Gynecomastia Selain Ubat

  • Alkohol
  • Heroin
  • Marijuana
  • Methadone
  • Amphetamines

Walaupun pemakananan tidak menyumbang kepada gynecomastia tetapi ada beberapa sumber makanan yang mengandungi fitoestergen. Fitoestergen adalah bahan kimia yang menyerupai estrogen.

Contoh makanan yang mengandungi fitoestergen:

  • Produk soya
  • Aprikot kering
  • Bijirin dan roti
  • Makanan diproses

Cara Mengatasi

Gynecomastia akan beransur pulih sendiri. Jika ia masih berterusan, anda perlu menjalani rawatan pakar untuk ujian darah dan x-ray.

Selain itu, kurangkan pengambilan dadah dan alkohol yang menyumbang gynecomastia selain ubat-ubatan.

Jika anda mempunyai masalah berat badan, anda perlu mengamalkan diet seimbang, menjalani aktiviti sihat dan mengeluarkan peluh.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!