6 Perkara Remeh Yang Boleh Hancurkan Hubungan );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Sihat

6 Perkara Remeh Yang Boleh Hancurkan Hubungan

Share

Jangan sebab hubungan korang dah lama, korang tak pentingkan perasaan pasangan. Bercinta dah dekat lima, enam tahun, ada plan nak melangkah ke alam seterusnya tapi jangan begitu yakin ye. Kadang-kadang masalah kecil yang anggap ‘biasa’ tu boleh memusnahkan impian.

Perkara kecil dan remeh memang tak perlu bergaduh tapi perlu berbincang dengan baik untuk mengelakkan jadi masalah besar. Bahaya sangat! Dari luaran nampak tak ada masalah, tahu-tahu putus di tengah jalan.

Sayang Diri Sendiri

Ini paling penting! Tolong hargai diri sendiri. Jangan terlalu inginkan kesempurnaan untuk seseorang tapi untuk diri sendiri korang rasa tak puas atau terpaksa jadi ‘orang lain’ di mata si dia.

Pendam Sendiri

Jangan sesekali pendam rasa sakit hati sendiri. Luahkan pada pasangan. Jangan sampai bergaduh, korang perlu tahu isi hati dan kehendak masing-masing. Berpasangan ni bukan untuk gembira je tapi untuk melengkapi satu sama lain.

Overthinking

Haa, tak kira lelaki ke perempuan, mesti ada perasaan overthinking tapi dengan cara yang berbeza. Kalau perempuan overthinking dia mesti kepada perkara ada orang ketiga dalam hubungan. Tak boleh macam tu, korang kena fikir positif. Kalau ada yang musykil, tanya dan dapatkan jawapan. Bukan buat assumption sendiri, memang pedih seorang-seoranglah.

Jealous

Jealous memang akan timbul dalam hubungan. Sama ada korang yang jealous dengan kawan perempuan si dia, atau sebaliknya. Ye, boleh cemburu tapi jangan cemburu buta. Pandai-pandailah korang bezakan kawan dengan perkara yang korang fikir tu. Kalau bersembang dengan orang lain pasal kerja nak jealous, susahlah sis.

 

Control Pasangan

Semua orang perlu kebebasan atau masa untuk diri sendiri. Hormat pasangan korang, berikan mereka masa untuk sendiri dan buat keputusan. Jangan semua perkara korang yang kawal, nanti pasangan tawar hati baru tahu.

Kawal Emosi

Jangan kawal pasangan korang tapi kawal emosi. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak merajuk, tuduh ada orang lain. Ish! Memang tak tahanlah kalau macam ni hari-hari. Benda boleh bincang, bawalah berbincang. Jangan menyusahkan orang lain.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!