Ini Sebab Mengapa Rambut Gugur - Verst Gaya Hidup

Type to search

Gaya Hidup Bae & Beauty

Ini Sebab Mengapa Rambut Gugur

Share

Walaupun selepas menyapu bilik masih ada rambut gugur yang tertinggal di lantai. Penat, hari-hari anda terpaksa menyapu bilik. Rambut gugur sangat sinonim dengan wanita, tidak kira panjang atau pendek rambut. Setiap kali menyikat rambut pasti ada rambut yang tersangkut pada sikat. Begitu juga pada getah rambut. Sudah banyak syampu dan vitamin anda cuba tetapi mungkin tidak sesuai dengan rambut dan kulit kepala.

Tidak perlu susah hati, semak dahulu senarai punca rambut gugur untuk membantu masalah rambut gugur. Mungkin salah satu daripada senarai ini adalah berkaitan dengan diri anda.

Pil Perancang

Jangan tidak tahu pil perancang juga akan menyebabkan keguguran rambut sama ada anda bertukar jenama pil perancang atau berhenti mengambilnya. Pil perancang menyebabkan tahap progesteron tinggi dan mengakibatkan rambut anda semakin nipis tetapi jangan risau, rambut kembali normal selepas badan anda sudah biasa dan peka dengan pil tersebut. Tetapi jika masalah keguguran rambut semakin parah, segera dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.

Lepas Bersalin

Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Anda tidak perlu risau kerana selepas bersalin hormon badan anda tidak seperti biasa. Rambut akan sihat seperti sebelum bersalin dan kuat apabila bayi berumur setahun. Anda juga akan merasa perubahan pada badan anda. Tetapi setiap orang akan mengalami pengalaman yang berbeza. Jadi bersabar dan nikmati saat menjadi ibu terlebih dahulu.

Anemia

Anemia adalah kekurangan zat besi dan membuatkan rambut lebih kasar. Selalunya anemia berlaku kepada wanita kerana wanita kehilangan zat besi setiap bulan semasa kedatangan haid. Makan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi untuk mengelakkan daripada anemia. Kepada pengamal vegan atau vegetarian, anda boleh makan sayuran seperti bayam, kekacang dan bijiran. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan zat besi, tapi ingat dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Akar Rambut

Rambut yang cantik dan kuat perlukan akar rambut yang sihat. Jika kulit kepala anda tidak sihat membuatkan pertumbuhan rambut tersekat. Guna produk memulihkan kulit kepala dan akar rambut. Syampu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali seminggu untuk bersihkan kulit kepala dan buang sel-sel kulit mati pada kulit kepala. Rambut akan tumbuh semula dengan sihat dan kuat.

Ikatan Rambut

Anda seorang yang gemar mengikat rambut kerana lebih kemas dan teratur. Stail messy bun, bun ballerina atau ikatan rambut yang ketat setiap hari membuatkan rambut anda menjadi nipis. Hal ini kerana daya tarikan alopecia iaitu ketegangan yang kuat berlaku pada rambut dan kulit kepala apabila anda mengikat rambut tertalu ketat. Hal ini menjadikan rambut nipis terutama pada garis rambut dan di belakang telinga. Sekali-sekala lepas dan biarkan rambut anda atau longgarkan ikatan rambut. Jika masalah ini masih berlaku, anda perlu berjumpa dengan doktor kulit atau pakar rambut untuk dapatkan nasihat dan rawatan seterusnya.

Tekanan

Keguguran rambut berkaitan dengan emosi, masalah dan tekanan kepada badan melalui sumber tertentu. Tekanan yang anda hadapi juga menganggu tidur, selera makan dan keseimbangan hormon. Apabila rambut anda gugur, ia membuatkan anda lebih stress. Apa yang anda perlu lakukan adalah tenangkan minda, terapi diri, selesaikan satu per satu masalah dan buat perkara yang anda suka. Jangan bertindak ikut emosi dan luar kawalan. Fikirkan perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Heat Styling

Penggunaan pengering rambut atau blowdryer terlalu kerap memang menjadi punca keguguran rambut. Bukan itu sahaja straightener (pelurus rambut) dan tong (kerinting rambut) juga salah satu punca rambut gugur. Untuk penggunaan pengering rambut, jangan keringkan rambut ketika rambut anda terlalu basah kerana ia terdedah kepada haba yang panas menyebabkan rambut anda mudah putus. Selain itu, pastikan jarak rambut dan pengering rambut tidak terlalu dekat. Straightener dan tong pula, anda perlu pakai tonik rambut atau minyak rambut yang sesuai selepas mendandan rambut.

Pemakanan

Untuk dapatkan rambut yang kuat, anda perlu makan makanan berprotein tinggi, Omega 3, vitamin A, D, E dan zink. Khasiat daripada ikan, sayur-sayuran, kekacang dan daging tanpa lemak adalah sumber paling baik kepada rambut. Apabila anda jaga pemakanan, bukan sahaja dapat rambut yang cantik malah anda juga mempunyai tubuh badan yang sihat. Jadi, apa salahnya jaga pemakanan anda untuk dapatkan kesihatan pada tubuh anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!