Isteri Hamil Mengidam Makanan Pelik Bukan Mengada, Tetapi Ada Sebab Disebaliknya - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Isteri Hamil Mengidam Makanan Pelik Bukan Mengada, Tetapi Ada Sebab Disebaliknya

Hidayah Abdullah
Share

Sebenarnya kalau mengandung memang wajib mengidam ke? Atau hanya perasaan teringin dan jadikan alasan ‘mengidam’ untuk penuhi selera si isteri? Kaum suami terutama yang first time nak jadi ayah pasti terkedu dan kadang mungkin rimas dengan perangai isteri yang asyik mengidam itu dan ini. Ada juga permintaan makanan pelik-pelik dan susah nak cari.

Kalau tak ikutkan kehendak, muncung sedepa pula tetapi mana nak cari kalau tiba-tiba isteri mengidam pukul 2 atau 3 pagi, kan? Jangan marah ye wahai bakal ayah kerana perempuan tak minta pun mengidam macam-macam, ada sebab lain mengapa perempuan hamil ini selalu craving tak tentu masa.

Kenapa Ibu Hamil Kerap Mengidam?

Setiap ibu yang hamil mempunyai pe’el masing-masing. Malah, setiap anak yang dikandung juga mempunyai alahan yang berbeza. Ibu hamil bukan saja atau mengada teringin nak makan macam-macam. Cuma waktu hamil perubahan hormon berlaku menyebabkan mereka mengidam. Sebab lain adalah badan ibu hamil kekurangan vitamin, mineral, kalsium dan macam-macam zat yang diperlukan oleh badan.

Jangan ambil mudah ye kaum adam, kerana ini melibatkan kesihatan ibu dan bayi. Mengidam boleh terjadi sejak first trimester ataupun lebih awal dan berpotensi berlaku sepanjang tempoh kehamilan bergantung kepada badan.

Mengidam Benda Pelik

Selalunya memenuhi selera mengidam tidak susah pun jika si isteri minta makanan yang mudah dicari. Tapi kalau isteri dah minta benda yang pelik-pelik dan tidak masuk akal seperti sesuatu bukan makanan sebagai contoh kaca, kotoran, sabun, krayon dan lain-lain. Keadaan ini dikenali sebagai pica, seeloknya bawa isteri berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan sekiranya si isteri mengalami kekurangan vitamin dalam badan.

5 Makanan Yang Sering Ibu Hamil Mengidam

Sifat mengidam para isteri juga boleh tahan ada kelakar, ada seramnya. Kadang-kadang permintaan mereka juga ada yang aneh. Tetapi tunaikan sahaja sebab kebanyakan makanan masih boleh didapati dengan mudah. Layankan saja dan cuba penuhi permintaan mereka.

Sekiranya isteri meminta gabungan makanan yang pelik seperti ais krim dan jeruk, jangan terkejut pula mungkin semasa hamil makanan itu menjadi pembuka selera dan gabungan tersebut merupakan perfect combo bagi mereka.

Coklat

Coklat paling common menjadi craving si ibu hamil, tidak kira coklat bar atau minuman coklat pasti ada dalam list. Coklat menghasilkan hormon serotonin yang dikenali sebagai happy hormone. Kalau nak tengok isteri senyum sampai telinga belikan sahaja coklat yang mereka nak, jika tidak si suami yang merana nak pujuk isteri yang merajuk. Rajuk ibu hamil jangan dibuat main ye.

Makanan Pedas

Kebanyakan ibu hamil akan mengambil makanan pedas di akhir kehamilan untuk induce labour. Makanan pedas boleh diambil selagi ia bukan bergoreng dan tidak menyebabkan masalah penghadaman.

Produk Tenusu

Pilihan popular sudah pastinya ais krim, yogurt dan keju! Wah melihat kepada iklannya sahaja sudah mengundang craving, memang senanglah ibu hamil terpengaruh. Tetapi dinasihatkan supaya ibu hamil cuba menukarkan produk tenusu yang lebih sihat seperti Greek yogurt atau pun frozen yogurt, nak sedap sikit letaklah topping buah-buahan.

Makanan Masam

Jangan hairan pula, lemon antara makanan yang menjadi pilihan semasa mengidam. Namun sifatnya yang berasid, lebih selamat sekiranya ditambah ke dalam air atau makanan yang lain. Jeruk juga antara makanan yang popular dan ia merupakan antara snek sihat untuk ibu hamil.

Buah

Sekiranya isteri mengidam buah-buahan, belikan mereka buah oren atau jus oren kerana ia mengandungi vitamin C yang akan menguatkan sistem imun badan ibu dan bayi. Pilihan lain pula adalah buah beri kerana tahap gula yang rendah dan kaya dengan antioksidan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!