5 Jenis Lelaki Masa Kini Perempuan Perlu Tahu, Korang Minat Yang Macam Mana?

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 Jenis Lelaki Masa Kini Perempuan Perlu Tahu, Korang Minat Yang Macam Mana?

Share
kategori lelaki

Lelaki adalah kumpulan jantina untuk dipasangkan bersama wanita. Tapi setiap lelaki memiliki kategori dan personaliti tersendiri. Haa, korang kena tahu apa kriteria lelaki pilihan.

Bila dah tahu, baru korang sedar jenis kategori mana sesuai dijadikan pasangan hidup, gittuw. Bagi kaum Adam, mereka perlu lebih mengenali personaliti dan kategori diri sendiri.

Berikut merupakan 5 kategori lelaki:

Heteroseksual

Baik, jenis yang ini normal. Kebanyakan lelaki mendominasi kategori ini. Nafsu dan minat yang normal, tidak kurang dan tidak terlebih.

Heteroseksual menampilkan personaliti tidak terlalu kisah pasal penampilan. Kira biasa-biasa jela. Ada juga yang jenis mementingkan gaya tapi masih terkawal ya.

Uberseksual

Wow, siapa yang uberseksual ni? Kategori jenis ini lebih kepada suka berfikir. Berfikir benda yang berfaedah seperti masa depan, macam mana nak kembangkan perniagaan, libatkan diri dengan pelaburan dan sebagainya.

Mereka lebih berpandangan jauh dan memikirkan cara untuk maju. Uberseksual juga mempunyai sifat maskulin yang tinggi dan disenangi perempuan. Seronok juga berbual dengan orang banyak informasi, boleh tambah pengetahuan dan general knowledge.

Metroseksual

Yang macam ni pula lebih kepada fesyen. Sukakan fesyen yang terkini, ikut trend dan up-to-date. Metroseksual sanggup berhabis duit untuk pastikan gayanya paling latest dan trendy. Mereka akan habiskan masa dengan penjagaan diri dari rambut sampailah ke kaki. Bestnya ajak shopping. 

Biseksual

Err… ada yang kenal lelaki kategori ni ke? Biseksual adalah mereka yang minat dengan perempuan dan juga lelaki. OMG! Kategori ni diharamkan pada sisi agama tau. Secara luaran, jejaka gaya biseksual kelihatan kemas dan sedikit lembut. Sikit je tapi tetap nampak kejantanan dalam kelembutan. Auch

Homoseksual

Dikenali sebagai gay, jenis ini dilarang sama sekali disisi agama Islam mahupun kepercayaan lain. Kategori homoseksual adalah mereka yang mempunyai minat sesama jenis.

Mereka memerlukan seorang lelaki untuk melengkapi antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka kelihatan kacak, bergaya seperti lelaki normal atau maskulin tapi tujuannya adalah untuk mendekati lelaki juga. Info ini sekadar perkongsian semata-mata.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!