6 Cara Kesan Perempuan Marah Dalam Mesej );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

6 Cara Kesan Perempuan Marah Dalam Mesej

Share

Selain daripada overthinking, perempuan juga anggap lelaki faham setiap sudut hatinya. Sebab tu lelaki rasa perempuan ni complicated. Sebenarnya TIDAK! Cuma perempuan suka simpan lama-lama dalam hati, nanti baru dia terus-terang.

Macam biasa, kalau pasangan tanya ‘kenapa?’, dia akan jawab ‘tak ada apa’. Yang ‘tak ada apa’ tu sebenarnya banyak sangat perkara yang dia tengah simpan. Nak tahu tak macam mana nak kesan perempuan tengah marah melalui phone je.

Tukar Cara

Dari bermanja-manja tukar jadi macam biasa. Bahasa formal, ada gap dan balas bila perlu. Bermakna perempuan sedang jauhkan diri dan asingkan diri dari pasangan. Cepat-cepat minta maaf walaupun korang yang lelaki masih samar-samar apa salah korang tapi tetap ada salah!

Matikan Perbualan

Perempuan ni jarang nak matikan perbualan atau habiskan topik secepat mungkin. Mesti banyak tanya dan idea nak cakap. Kalau dia jawab apa yang ditanya sahaja, adalah ‘benda’ tak kena tu.

Lambat Reply

Perempuan ni, kalau dah suka dan sayang, message dari orang yang dia tunggu-tunggu akan dibalas sepantas kilat. Dapat je terus baca dan reply. Kecuali kalau dia ada kerja, tapi lepas tu dia akan reply tanpa tunggu-tunggu. Kalaulah tiba-tiba dia reply lambat atau paling ‘parak’ tak reply langsung. Haa, jaga-jaga ye.

.

Reply Pendek

‘Ok, k, tak apa’ dan macam-macam hint dia bagi. Marahlah tu. Konon malas layan tapi sebenarnya nak protest. Mungkin untuk lelaki, reply pendek macam tu mudah dan jimat masa tapi perempuan tidak ye kawan-kawan!

Ignore

Haa kalau pasangan hantar message tapi tak reply sampai sejam atau dua jam, maknanya perempuan tengah marah. Kalau sampai seharian ke dua hari ke kena ‘palau’ maknanya marah sangat! Jangan biarkan perempuan marah lama sampai sehari. Susah nak pujuk balik.

Emoji

Kalau jenis memang tak guna emoji, susah nak detect. Kalau yang sentiasa ada emoji tiba-tiba tak ada, terasa hambar dan tak ada mood. Ketahuilah bahawa dia tengah marah! Setiap emoji yang dia guna memberi makna tau. Kalau keluar emoji marah tu, haa betul la tu.

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!