Orang Tua Faham Kenapa Korang Tak Ready Nak Kahwin );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

7 Cara Buat Orang Tua Faham Kenapa Korang Tak Ready Nak Kahwin

Share

Alasan tak ready untuk kahwin ni sangat popular di kalangan wanita yang mencecah 25 ke 30 tahun ke atas. Susah betul nak explain pada ibu bapa atau mak cik yang asyik tanya bila nak kahwin. Ingat senang ke?

Kadang-kadang pertayaan itu bukanlah serious yang korang fikir, mungkin untuk bermanis mulut sahaja. Tapi kalau dah selalu sangat, rasa ‘panas’ juga, kan? Okay, Bae & Beauty ada cara terbaik nak jelaskan pada mereka tanpa melukakan hati.

Banyakkan Bersabar

Pertama sekali, korang sendiri kena bersabar dan tarik nafas! Fasa umur macam ni tentu-tentu pertanyaan pasal kahwin macam hujan ya. Harapnya korang mampu bertahan. Anggap jela mereka bertanya untuk mengambil berat sahaja. Jawablah dengan senyuman dan penuh kesabaran di hati.

Fahamkan Mereka

Ceritakan apa curiosity korang terhadap alam perkahwinan. Selain itu, bagitahu mereka yang korang sedang mencari waktu yang tepat untuk meneruskan langkah. Mungkin dalam waktu terdekat sebab korang masih mencari hala tuju hidup. Confirm diorang faham punya!

Jelaskan Dengan Baik

Mungkin kefahaman bernikah antara korang dengan orang tua adalah berbeza. Jelaskan sebaik mungkin mengapa korang tak bernikah lagi. Bukan tak nak, tapi belum lagi. Perspektif berkahwin ini mempunyai penjelasan yang berbeza mengikut pemikiran. Luahkan pada mereka apa yang korang fikir, tak sama macam mana mereka fikir.

Alasan Yang Paling Masuk Akal

Bagitahu kenapa korang tak ready lagi. Mungkin sedang kumpul duit, mahu mengumpul pengalaman hidup, masih mencari kerja idaman dan nak pergi travel! Korang boleh senaraikan kenapa dan mengapa untuk memudahkan lagi penjelasan korang pada mereka nanti.

Senarai Wishlist

Bagitahu ibu bapa yang korang ada wishlist dan impian yang kena capai sebelum berkahwin. Utarakan apa sahaja yang korang nak. Maksudnya, kahwin bukanlah perkara utama korang untuk masa sekarang.

Tegas

Eh, bukan garang dan tinggi suara pada ibu bapa. Tapi korang firm dengan keputusan korang. Berkahwin bukanlah perlumbaan dalam kehidupan. Ada perkara lain lagi yang lebih penting daripada itu. Jadi, kalau korang tak ready, tunjuk bukti yang korang masih boleh uruskan diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Bagitahu Keburukan

Selain memahamkan mereka mengapa korang tak ready, bagitahu juga mengenai keburukan kahwin tanpa bersedia sepenuhnya. Soal kahwin bukan mudah, kalau kahwin tanpa bersedia atau ikut cakap orang, takut jadi perkara lain pula. Bahaya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!