Kurang Tidur Time Lockdown? 9 Side Effect Ini Akan Berlaku Dekat Korang

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kurang Tidur Time Lockdown? 9 Side Effect Ini Akan Berlaku Dekat Korang

Share
kurang tidur

Tidur amat penting bagi manusia. Kekurangan tidur boleh memberi kesan psikologi dan biologi, malah boleh membunuh kerana tekanan yang melampau.

Lazimnya tidur yang secukupnya diperlukan untuk tubuh dan minda berehat, selain itu ia juga penting dalam memastikan tubuh membina semua sel-sel yang baharu dan memperbaharui sel lama.

Bagi kanak-kanak, tidur amat diutamakan kerana ia merupakan waktu untuk menjana perkembangan otak, selain tumbesaran. Jadi jangan ambil remeh hal tidur atau langkau waktu tidur semata-mata kerana program televisyen atau lepak membuang masa tanpa sebab.

Di bawah, disenaraikan 9 side effect bagi mereka yang berdepan kekurangan tidur. Lepas ini, ketahuilah “tidur” menjadi punca kebanyakan isu kesihatan anda dan bukannya perkara lain.

1. Berat badan naik

gain weight

Yup, menurut kajian perubatan mereka yang berdepan masalah tidur mempunyai masalah berat badan bertambah.

Bagaimanapun ia tidak bermakna anda kena tidur lebih, sebaliknya tidur yang berkualiti untuk tempoh masa yang sepatutnya penting.

Usually ia berlaku kerana ketidakseragaman pada hormon dan gangguan rutin senaman. Jika anda mahu kurangkan berat badan, tidur secukupnya.

2. Makan banyak

Apabila anda kekurangan tidur, hormon akan mengaktifkan rasa lapar sehingga anda makan banyak dan tingkatkan pengambilan kalori.

Hormon leptin yang menguruskan kelaparan akan berkurangan dan anda akan terpengaruh untuk makan lebih banyak.

3. Hilang fokus, produktiviti kurang

Bila kita kekurangan tidur, kita akan berdepan pelbagai masalah. Ini kerana otak kita tidak lagi berfungsi pada tahap optimum ketika mengantuk atau kurang kesedaran dalam menjalankan aktiviti harian.

Tidur yang mencukupi juga meningkatkan kemampuan penyelesaian masalah dan memori.

4. Letih tidak bermaya

Kalau anda mahu libatkan diri dalam aktiviti sukan atau fizikal, maka pastikan anda tidur secukupnya. Ini kerana kekurangan tidur menyebabkan anda mudah letih, tidak bermaya dan kurang tenaga.

Satu kajian menunjukkan 2,800 responden wanita berdepan masalah seperti berjalan lebih perlahan, kurang kuasa genggaman tangan dan kesukaran menjalankan aktiviti apabila terdedah kepada masalah kurang tidur.

5. Sakit jantung dan angin ahmar

Mereka yang menghadapi masalah kekurangan tidur berdepan dengan risiko penyakit jantung dan serangan angin ahmar. Kesihatan yang optimum memerlukan anda tidur 7 hingga 8 jam sehari.

6. Kesan kepada metabolisme glukosa dan diabetes Jenis 2

Kajian menunjukkan kekurangan tidur memberi kesan kepada kadar kandungan gula darah dan mengurangkan sensitiviti insulin. Apabila tidur 4 jam untuk 6 malam berturut-turut, ia boleh mengaktifkan simptom pra-diabetes. Namun boleh diperbetulkan jika paten tidur dibetulkan semula.

7. Tekanan

Secara langsung kekurangan tidur akan menyebabkan masalah tekanan. Kajian menunjukkan 90% daripada masalah tekanan disebabkan oleh kekurangan tidur.

Malah apabila masalah ini memuncak, niat untuk membunuh diri juga boleh wujud dan semua ini dikaitkan dengan kekurangan tidur. Ia juga memimpin kepada masalah insomnia.

8. Fungsi imunisasi

Kekurangan tidur juga memberi kesan kepada sistem imunisasi. Jadi, kalau mahu meningkatkan kualiti imunisasi, pastikan tidur anda mencukupi.

Penyelidikan perubatan mengesahkan masalah selsema dikaitkan dengan kekurangan tidur. Mereka yang kurang tidur lebih kerap dijangkiti virus selsema. Jadi kalau kerap selsema, dapatkan tidur mencukupi.

9. Mengganggu interaksi sosial dan emosi

Kajian menunjukkan mereka yang kekurangan tidur berhadapan masalah dalam menterjemah emosi serta ekspresi mereka.

Ia dibuktikan menerusi kajian pengecaman wajah yang dilakukan ke atas kumpulan tidur mencukupi dan kurang tidur.

Apabila anda kekurangan tidur, otak anda keliru dalam menyampaikan ekspresi yang sepatutnya.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!