5 Cara Lelaki Akan Berubah Bila Dah Jadi Ayah (Fizikal Pun Sama Tau!)

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 Cara Lelaki Akan Berubah Bila Dah Jadi Ayah (Fizikal Pun Sama Tau!)

Share
ayah

Melahirkan anak membawa banyak perubahan fizikal dan psikologi dekat fizikal ibu yang baru, tetapi ternyata lelaki juga boleh mengalami pelbagai perubahan fizikal dan mental ketika menjadi ayah juga.

Turun naik hormon dan emosi, kasih sayang yang kuat dekat bayi, gelisah, dan kemurungan, dan juga gejala morning sickness pun boleh terjadi kepada lelaki – mungkin terdengar sukar dipercayai, tetapi inilah yang banyak dilalui oleh lelaki ketika anak-anak mereka dilahirkan.

Nak tahu macam mana, di bawah ini anda boleh faham macam mana fizikal dan minda lelaki boleh berubah bila sudah menjadi seorang ayah.

1. Tahap testosteron menurun

aaron aziz
Instagram/©Aaron Aziz.

Hormon testosteron pada lelaki sebenarnya membuatkan lelaki ada sifat seperti persaingan yang tinggi, cari pasangan, dan agresif. Tapi apabila sudah menjadi seorang ayah, tahap hormon testosteron juga menurun kerana sudah mula fokus pada keluarga.

Kajian juga menunjukkan yang lelaki yang sudah mempunyai pasangan dan anak mempunyai tahap testosteron yang rendah berbanding lelaki yang tidak mempunyai anak dan still cari pasangan.

Secara tak langsung, ia menjadikan lelaki seorang ayah yang komited dan bertanggungjawab dengan keluarga yang dia sudah bina.

2. Hormon oxytoxin dan dopamine pula meningkat

Syamsul Yusof
Instagram/©Syamsul Yusof.

Hormon oxytoxin dan dopamine ialah dua chemical yang bertanggungjawab untuk ikatan antara ibu bapa dan anak.

Walaupun tahap testosteron menurun, kesan positif oxytoxin dan dopamine meningkat, menjadikan lelaki seorang ayah baru yang lebih senang bermain dan sayangkan dengan anak mereka.

3. Beberapa perubahan pada otak mungkin boleh berlaku juga

zahiril adzim
©Pa&Ma/Zahiril Adzim dan keluarga.

Kajian juga menyatakan yang otak lelaki yang sudah menjadi ayah pada 4 bulan pertama menunjukkan perubahan ketara dalam ‘gray matter’ – komponen utama sistem saraf pusat.

Perubahan ini secara tak langsung bantu untuk kembangkan lagi kemahiran parenting lelaki dan dapat bina bonding yang kuat dengan anak mereka.

Secara khusus, otak si ayah dapat menunjukkan lebih banyak aktiviti di bidang yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelesaikan masalah, dan mengesan risiko, dengan kata lain, ini adalah perubahan yang membantu si ayah memastikan anak mereka selamat dan sihat.

4. Lelaki juga boleh alami morning sickness bila pasangan sedang mengandung

awal ashaari
Instagram/©Awal Ashaari.

Bukan hanya setelah baby dilahirkan, lelaki juga boleh mengalami beberapa perubahan dalam badan mereka.

Semasa pasangan sedang mengandung, lelaki jugaboleh mengalami gejala yang berkaitan dengan kehamilan seperti loya, perubahan selera makan, kembung, dan sakit belakang.

Keadaan ini tidak diiktiraf secara rasmi sebagai keadaan perubatan, tetapi gejala-gejala ini mungkin biasa berlaku pada bakal bapa.

5. Lelaki juga boleh alami tekanan emosi yang tinggi.

ernie dan syamel
Instagram/©Ernie Zakri.

Tanggungjawab keibubapaan boleh menyebabkan tekanan dan kegelisahan yang tinggi pada lelaki, tetapi bahagian yang paling berbahaya adalah lelaki mungkin merasakan bahawa mereka tidak dapat meminta pertolongan.

Mereka sering berpendapat bahawa tangisan mereka untuk mendapatkan sokongan dan pertolongan dapat mengalihkan perhatian dari keperluan ibu baru yang, seperti yang mereka percaya, lebih penting.

Lelaki yang baru menjadi ayah boleh mengalami tekanan fizikal dan emosi yang besar, tetapi mereka cenderung mengalihkan perhatian kepada pasangan.

Inilah sebabnya mengapa pentingnya kedua-dua ibu bapa untuk meluangkan masa bersama, bincangkan apa yang mereka alami sekarang sehingga anak bakal tiba.

Kadang-kadang perbualan yang jujur ​​dengan pasangan dapat membuat sedikit miracle dalam sesebuah perkahwinan.

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!