Makanan Yang Melemahkan Hubungan Suami Isteri );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Sihat

Makanan Yang Melemahkan Hubungan Suami Isteri

Ain Huda
Share

Cara pemakanan sangat penting dalam kehidupan. Kalau korang suka sangat makanan tidak berkhasiat, kemungkinan besar korang akan dapat penyakit yang susah nak sembuh. Kalau korang rajin makan makanan berkhasiat, risiko untuk menghidapi penyakit kurang. Ia juga berkait dengan hubungan intim suami isteri.

Makanan seharian akan menjadi tindak balas dalam aktiviti seharian termasuk hubungan suami isteri. Jom tengok apakah makanan yang boleh merosakkan mood dan mengganggu hubungan intam pasangan.

Makanan Segera

Junk food, fast food dan frozen food selalunya menjadi kegemaran ramai kerana mudah untuk disediakan dan mudah untuk dapat tidak kira waktu. Kandungan bahan pengawet dan kimia dalam makanan segera memberi kesan negatif pada sistem pembiakan. Ia juga akan melemahkan sperma dan risiko menjadi mandul akan lebih tinggi.

Alkohol

Rasanya semua orang tahu kesan minuman beralkohol adalah sangat tidak baik untuk badan dan otak. Ia membuatkan peminum gagal mengawal emosi, cara berfikir dan tindakan. Jangan amalkan minum minuman beralkohol untuk menjaga hubungan intim suami isteri. Peminum tegar boleh membuatkan individu jadi pemarah, tertekan tidak terurus dan terlalu ikut emosi.

Daging

Daging baik baik untuk kesihatan. Tapi pengambilan yang banyak akan menyebabkan seseorang malas bergerak, fikiran tidak tenang dan menjadi agresif. Jika terlalu kurang makan daging pula akan menjadi pasif. Seimbangkan diet seharian anda supaya tidak terlalu pasif dan juga tidak menjadi terlalu kasar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!