10 Makanan Yang Tak Patut Panas Dalam Microwave );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

10 Makanan Yang Tak Patut Panas Dalam Microwave

Farhana Syahirah
Share

Microwave adalah salah satu perkakas dapur hebat yang menjimatkan masa semua orang yang menggunakannya. Memanaskan makanan lebih cepat daripada di dapur gas atau dalam ketuhar.

Hanya cukup pilih mod, tetapkan pemasa, dan anda boleh menantikan makanan masa depan anda. Tetapi, tidak semua hidangan atau makanan yang mesra microwave.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Sebilangan daripadanya boleh merosot semasa proses memasak sementara yang lain boleh jadi bahan berbahaya bagi kesihatan kita.

Makanan berasaskan daging dan ikan

  • Daging yang diproses mengandungi bahan pengawet dan jika terkena radiasi elektromagnetik, daging tersebut akan berubah jadi sebatian kimia berbahawa seperti kolestrol.
  • Kerak ayam goreng boleh berubah menjadi lapisan lembap dan akan menyebabkan ayam tersebut panas tak sekata.
  • Sangat tak digalakkan untuk panaskan ikan di dalam microwave kerana akan mengeluarkan bau yang kurang sennag di dalam rumah serta microwave. Lagi satu, ikan juga akan menjadi lebih kering dan tidak sedap.

Sebilangan sayur-sayuran, buah dan cendawan

  • Dalam microwave, brokoli memang akan kehilangan banyak khasiat apabila dipanaskan balik. Cara terbaik untuk panaskan balik ialah dengan kukus. Kukus akan kekalkan khasiat brokoli.
  • Lada benggala atau capsicum tak sesuai dipanaskan dalam microwave kerana akan mencetuskan asap dan beri rasa pedih pada mata apabila buka microwave.
  • Anggur segar dan gooseberry akan berubah menjadi kepingan plasma dalam microwave – berisiko tinggi untuk rosakkan microwave mak korang jika cuba di rumah.

Cecair, minyak dan sup pekat

  • Sup berair boleh dipanaskan dalam microwave tanpa timbulkan masalah. Tapi, sup pekat lain pula ceritanya. sup pekat sangat tak digalakan untuk panas sebab akan mula meletup seolah-olah ada bunga api dari sup itu.
  • Kopi juga tak digalakkan kerana akan merosakkan kualiti kopi itu sendiri. Apabila dipanaskan, akan menjadi rasa yang masam dan lebih pahit. Seeloknya, jika kopi sudah menjadi sejuk, korang boleh letakkan ais di dalamnya.
  • Air kosong sangat-sangat tak digalakkan panas dalm microwave kalau taknak dapur korang meletup. Ini sebabnya, cairan akan segera mendidih, dan cawan korang boleh meletup.
  • Pelbagai minyak seperti zaitun, anggur, kanola, atau bijan, bukan cecair tetapi lemak. Jadi minyak dalam ketuhar gelombang mikro tidak akan panas hingga suhu yang diperlukan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!