Kenali 7 Perangai 'Playboy' Sebelum Korang Terkena );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Kenali 7 Perangai ‘Playboy’ Sebelum Korang Terkena

Share

Siapa pernah kenal dengan playboy? Kacak, caring, baik, ayat-ayat tenang buat hati berbunga tapi hujung-hujung kena tinggal. Eh sedihnya!

Dah jangan ulangi kesilapan lalu. Kenali ciri-ciri playboy nanti senang nak scan mana lelaki sejati mana buaya darat. Okay?

Sweet Talker

Ini adalah perkara biasa ye. Macam tak kenal, playboy ni ayat-ayat dia manis je sentiasa. Nampak bersahaja tapi ayat dia yang digunakan tu mengusik jiwa perempuan. Bila korang dah mula termakan dengan kata-kata dia, dia pun tak layan korang. Sebab dia try perempuan lain pula.

Ramai Kawan Perempuan

Single, tak ada girlfriend tapi ramai ‘kenalan’ perempuan. Salah satu sebab tak boleh dating adalah takut ada mata-mata yang ternampak dia keluar dengan perempuan lain. Sikap ‘charmingplayboy ni tak obvious sangat cuma diorang mudah mendekati perempuan. So, kalau kenal lelaki yang ramai kawan perempuan tu, jaga-jaga ye.

Mudah Bergaul

Peramah, banyak cakap, suka tanya atau suka berborak. Kalau korang perasan berborak dengan playboy ni takkan habis. Ada je topik dia buka. Idea-idea dia sangat menarik sampai korang pun terminat nak berbual panjang.

Sangat Caring

Eh tiba-tiba text tanya dah makan ke, dah tidur ke, kalau tak sihat si dia suruh makan ubat. Benda macam inilah membuatkan perempuan mudah tertarik dengan lelaki. Konon ada orang jaga, padahal si buaya ni memang suka tanya macam tu pada semua perempuan. Baik-baik tau!

Daya Penarik

Bukan setakat muka handsome je tapi ada ‘sesuatu’ yang buat orang suka pada dia. Walaupun tak handsome tapi attitude si dia buat ramai perempuan mudah tersuka. Selalunya playboy sentiasa jaga penampilan terutama rambut. Kenapa rambut? Em, tak tahulah ada sesiapa boleh jawab?

Borak Nakal

Tak keterlaluan, tak begitu jelas tapi cukup untuk korang faham maksud perbualan dan gurauan diorang tu. Bukan berborak berunsurkan ke arah tidak baik cuma si dia akan bagi hint suka pada korang tapi dengan ayat yang tenang. Faham tak?

Macam-Macam Alasan

Dah macam bercinta tapi tak bercinta. Macam mana tu? Whatsapp hari-hari, tapi tak nak keluar, tak nak post gambar bersama, susah nak angkat call. Alasan dia macam-macamlah. Sibuk, tak dengar phone berbunyi, ada kerja macam dialah terpaling kerja sekali. Tapi sebenarnya nak cover dari perempuan lain juga. Kalau kantoi nanti susah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!