Stereotype bila perempuan minat bola mesti nak tengok player. Mungkin tak semua tapi ada sesetengah perempuan memang tengok bola sebab nak tengok abang-abang bola berlari tengah padang tu.
Tapi kali ni, cuba keluar dari kebiasaan. Selain dari tengok abang berlari, ada sebab yang kukuh perempuan suka tengok bola. Jangan memandang rendah ye! Ingat kitorang tak reti tengok bola ke?
Memang Minat
Ada je perempuan dilahirkan untuk tengok bola atau main bola. Sekarang dah ada pasukan bola sepak perempuan. Haa, tak boleh disangkal lagi perempuan memang power!
Sebab Sayang
Bukan setakat support boyfriend je tapi pengaruh yang besar adalah ayah atau abang. Perempuan membesar dengan bola akan terbawa-bawa sampailah dia boleh pergi tengok bola sendiri. Untunglah girlfriend suka tengok bola, boleh sembang pasal bola je.
Hobi
Mungkin juga sebab hobi bermain bola sepak. Paling tidak pun futsal. Ramai perempuan suka main futsal, secara tak langsung dia akan tengok bola juga.
Unik
Perempuan yang suka tengok bola ni boleh dikatakan unik. Sebab memang ramai perempuan suka tengok bola tapi yang mengikuti perkembangan industri bola sepak ni jarang. Tahu cerita dari A to Z pasal bola memang menjadi satu keunikkan bagi seorang perempuan.