Perempuan Tidak Merumitkan, Mereka Lebih 'Predictable' & Sukakan Perhatian - Verst Bae & Beauty );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Perempuan Tidak Merumitkan, Mereka Lebih ‘Predictable’ & Sukakan Perhatian

Hidayah Abdullah
Share

Hai everything! Semuanya baik-baik saja, kan? Tapi ada satu benda yang sering mengganggu dalam fikiran lelaki, iaitu susah nak faham perempuan. Perempuan selalu sangat dilabelkan sebagai makhluk paling complicated, penat dengar! Part mana yang complicated sangat tu sampai susah nak faham kaum perempuan ni?

Sebenarnya perempuan ni tak complicated pun, tingkah laku mereka sangat mudah dijangka dengan menggabungkan beberapa klu. Takkan berbulan-bulan bercinta, ada yang sampai bertahun ada juga yang sudah berkahwin pun. Masih tak faham pattern pasangan anda? Cuba baca artikel ini untuk memudahkan kaum lelaki fahami pasangan anda.

Why?

Emosi perempuan ni magik sikit, dalam sejam emosi boleh berubah-ubah. Tetapi tak susah pun nak faham kalau anda master kata kunci Why? ni. Jika perempuan marah, merajuk sudah pasti si lelaki telah melakukan sesuatu yang membuatkan mereka berkecil hati. Contoh paling senang bila perempuan telefon, si lelaki tak jawab. Itu pun boleh jadi isu tau! Jika sibuk, terangkan kepada pasangan sebab perempuan ni faham je sebenarnya. Janganlah diam lama-lama sebab perempuan ni overthinking.

How?

Bahagian How pula, para lelaki kena advance sedikit. Mungkin juga ramai lelaki gagal part ni. Perempuan kalau marah ada macam-macam cara untuk ekspresikan rasa marah. Bermula awal fasa bercinta, sebagai lelaki bersiap sedialah perhatikan dan kumpul segala klu. Adakah pasangan anda marah, yang jenis membebel, diamkan diri, menangis atau block anda untuk tempoh tertentu. Nampak mudah, tapi setiap cara mereka ekspresikan rasa marah sangat tricky terutamanya bila nak pujuk semula. Jadi, pandai-pandailah anda ambil hati mereka. Siapa suruh buat si dia marah, kan?

Bertentangan

Soalan yang selalu membuatkan pasangan bergaduh adalah ‘awak okay tak ni?’. Si perempuan pula jawab, ‘saya okay’, dengan keadaan hati yang panas dan muncung panjang sedepa. Selalunya perempuan akan mengutarakan jawapan yang bertentangan. Bukan saja-saja ye wahai lelaki. Sifat wanita lebih kepada subjektif dan tersirat berbanding lelaki yang inginkan jawapan konsisten dan objektif. So, dengar elok-elok jawapan pasangan anda.

Perhatian

Jawapan utama kepada tingkah laku perempuan pada pandangan lelaki adalah perempuan sangat annoying. Sebenarnya buah hati anda hanya inginkan perhatian. Walaupun anda nampak pasangan anda seperti keras kelapa, hati kuat, boleh berdikari tapi jauh di sudut hati mereka mahukan perhatian dari orang tersayang. Si lelaki tidak perlu buat kejutan atau hantar coklat pun, cukup sekadar bertanya ‘sudah makan ke belum?’ atau ucapkan ‘selamat pagi’ pun dah boleh buat perempuan senyum seharian. Perempuan walaupun nampak garang, manja tetap manja.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!