5 Sebab Perempuan Pilih Lelaki Tak Hensem Jadi 'Partner' );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

5 Sebab Perempuan Pilih Lelaki Tak Hensem Jadi ‘Partner’

Ain Huda
Share
perempuan

Selalu kalau jalan-jalan nampak pasangan bercinta, perempuan cantik tapi lelaki kurang kacak. Korang pun mulalah terdetik dalam hati, “macam mana perempuan tu suka lelaki yang tak handsome?”.

Haa, soalan tu kerap bermain difikiran sampailah pasangan tu hilang dari pandangan.

Eh, kepochi betul ye! Okaylah sebenarnya ada sebab kenapa perempuan cantik lebih suka pada lelaki yang ‘biasa-biasa’ ni.

Bukan sebab kaya atau ada kerja yang bagus tapi ada sebab disebalik paras rupa yang biasa tu. Tapi masalahnya, lelaki zaman sekarang tak kira handsome atau tak mesti ada je perangai pelik yang akan dibuat. Geram betul!

perempuan

Tidak Putus Asa

Lelaki tak handsome ni susah nak putus asa. Kalau dah suka pada seorang perempuan, dia akan cuba sedaya upaya menjadi setia sampailah perempuan tersebut betul-betul reject. Baru dia akan undur diri. Kalau lelaki kacak ni pula, mungkin usaha memujuk tu kurang sebab tahu ramai lagi perempuan yang dia boleh dapat. Opss!

Lebih Menghormati

Bila lelaki kurang hensem ni sangat menghargai perempuan, secara tidak langsung mereka akan menghormati perempuan yang sentiasa ada dengan mereka. Perempuan ni bukan nak perhatian je, malah pendapat dihormati, terima kekurangan dan tempat bermanja.

Merendah Diri

Lelaki yang kurang kelebihan pada paras rupa kebanyakan daripada mereka seorang yang tidak cepat bangga diri. Mereka memilih pasangan untuk sedap mata memandang. Perempuan pilih lelaki ‘biasa’ pula sebab tidak perlu rasa insecure. Yela, kalau jenis lelaki hensem ni, kita baru jalan sebelah awek lain, semua pakat pandang ‘ushar’.

Selamat

Bila lelaki kurang paras rupa, perempuan tidak ada rasa takut dengan perempuan sekeliling. Sentiasa rasa selamat daripada mata-mata perempuan yang sukakan perhatian lelaki handsome. Tapi hati-hati juga ya! Ada je segelintir jejaka yang kurang hensem tapi masih curang dengan pasangan. Nasib baik lah dia ni selebriti kan, ada lah kelebihan tu sikit. Malas nak sebut nama, korang faham-faham sendirilah. 

Hubungan Lebih Lama

Ada yang mengatakan bercinta dengan lelaki tak handsome hubungan akan lebih lasting. Ada juga yang memberi pendapat hubungan perempuan cantik dengan lelaki yang ‘biasa’ lebih gembira dan bahagia. Kebiasaannya lelaki yang tak kacak ni seorang yang menghiburkan. 

Kenapa jadi macam tu? Selalunya lelaki yang kurang handsome juga sangat menghargai perempuan. Mereka rasa perempuan di sisinya sangat penting dan tidak akan mengabaikan serta mensia-siakan pasangannya.

 

Teruskan membaca: 5 Tip Kekal Cantik di Rumah Semasa PKP

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!