Best Dapat Boyfriend Ramai Saudara-Mara Perempuan? );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Apa Yang Best Dapat Boyfriend Ramai Saudara-Mara Perempuan?

Share

Lelaki yang mempunyai ramai perempuan ni memang love! Eh, bukan kaki perempuan tapi ramai adik-beradik atau saudara-mara berjantina perempuan. Kenapa diorang sangat disukai? Apa kelebihan lelaki yang ramai adik-beradik perempuan ni?

Korang pernah rasa tak kalau dapat lelaki yang semua adik-beradik dia perempuan ni sebenarnya banyak benda best? Jom tengok apa yang best tu.

Soft Spoken

Semestinya lelaki itu seorang yang lemah-lembut, Bukan lembut yang tuuu. Tapi cara percakapan, gaya layanan dan intonasi yang tenang dan lembut. Dalam nada yang lembut tu tetap ada tegas dia tanpa korang rasa kena marah. Macam magic!

Boleh Berbincang

Macam biasa, berbincang dengan perempuan ni bukan sekadar berbincang tau, mesti ada masuk sedikit element bergaduh dan ‘berperang’. Lelaki macam ni, tahu macam mana nak turunkan tahap ‘berperang’ tu. Lama-kelamaan akan dapat kata sepakat dan keputusan yang terbaik untuk satu masalah. Barulah aman damai.

Penyabar

Ingat senang ke dikelilingi perempuan setiap masa? Dahlah perempuan ni ada perangai ‘pelik’ masing-masing. So, lelaki yang ada ramai saudara perempuan memang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Menghormati

Bukan nak cakap lelaki yang ramai adik-beradik lelaki ni tak reti hormat perempuan cuma dia hormat ibunya sahaja. Kalau lelaki yang ramai adik-beradik perempuan ni, dari kakak sampailah adik paling kecil dia tahu pe’el masing-masing. Setiap perubahan perempuan dia tahu macam mana nak handle.

Memahami

Lelaki yang ramai adik-beradik perempuan menjadi pilihan para gadis sebab dianggap lebih memahami dan mudah berinteraksi. Yela, dah ramai adik-beradik perempuan sedikit sebanyak mesti tahu masalah perempuan, tahu perasaan perempuan dan tahu perangai perempuan. Kan senang. Kalau adik-beradik semua lelaki susah sikit, tah-tah rupa bentuk pad pun tak tahu macam mana, kan?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!