Rumah 1950-an Kepada 'Istana Idaman' Adik Beradik Delevingne );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Transformasi Rumah 1950-an Kepada ‘Istana Idaman’ Delevingne

Share
delevingne

Kecantikan bukanlah satu-satunya warisan yang diterima oleh supermodel dan pelakon Cara Delevingne, tapi nasihat ibunya, Pandora yang membolehkannya menjadi seperti ‘chameleon’ yang kreatif.

“Ibu pernah pesan pada kami, “Sekiranya awak kata awak bosan, sebenarnya diri awak yang membosankan,” jelas Cara, anak bongsu dari tiga adik beradik perempuan Delevingne.

Dengan membuka pintu rumah agamnya di Los Angeles sebenarnya menjadi pengisian terbaharu untuk muka hadapan AD Magazine bulan Julai/Ogos.

delevingne
Cara Delevingne, bintang cover story Julai / Ogos Architectural Digest.

Apa yang menarik tentang rumahnya apabila ia dilihat seperti kesinambungan pekerjaan Cara Delevingne.

“Pekerjaan saya memerlukan saya memakai topi dan kostum yang berbeza. Memandangkan saya suka mendalami pelbagai watak, jadi saya mahu rumah saya mencerminkan banyak tema dan suasana hati yang berbeza,” jelas supermodel yang berusia 28 tahun kepada Architectural Digest.

delevingne

Rumah Delevingne di Los Angeles

Cara dan kakaknya Poppy telah membeli rumah itu dari Jared Leto dengan harga lebih dari $2 juta (RM8,326,996.00).

Walaupun mereka mahu lakukan perubahan pada rumah itu, tetapi beberapa pilihan pemilik sebelumnya masih lagi dikekalkan oleh adik beradik ini.

“Rasa macam membazir pula kalau buang semuanya. Kadang-kadang kalau guna semula dengan apa yang sedia ada pun cantik,” kata Delevingnes.

Arkitek Nicolò Bini, pengasas Line Architecture, ditugaskan untuk membantu melakukan transformasi pada hartanah dua tingkat yang dibina pada tahun 1955, merangkumi kawasan seluas lebih dari 4,000 persegi, ditambah halaman belakang yang cukup besar dengan kolam renang lagoon-style dan banyak ruang hiburan di luar.

Tema alam semula jadi

Dengan melihat home tour ini penonton dapat teka Delevingnes menggunakan tema alam semula jadi untuk rumah kediaman mereka. Lihat saja pada reka bentuk yang digunakan:

Burung bangau sebagai subjek pada wallpaper Gucci di dinding

delevingne

Permaidani ular di bilik snooker

delevingne

Gambaran ‘harimau bintang memanjat’ pada karpet di tangga tingkat atas

delevingne

Topiari dan house-plant yang cukup ‘kayangan’ nilainya

delevingne

Playhouse untuk orang dewasa

Menurut Cara, Escape Room dijadikan inspirasi untuk transformasi rumah ini kerana ia terdapat pelbagai permainan untuk dimain bersama.

delevingne
delevingne
delevingne

“Seperti yang awak lihat, setiap ruang di rumah ini mempunyai tema tersendiri. Lagi jauh awak pergi lagi banyak benda awak jumpa,” tambah pelakon Suicide Squad itu.

Antara bilik permainan yang ada di rumahnya adalah seperti bilik poker yang dihiasi khemah, ballpits, dinding untuk display topi kooky dan bilik kostum untuk majlis berpakaian dan dua trampolin berhampiran kolam renang.

“Saya suka apa sahaja permainan yang menyeronokkan. Ketika rakan-rakan saya datang, rumah itu berubah menjadi jalan rintangan. Ia seperti taman permainan dalaman / luaran Alice in Wonderland,” kata Delevingne.

Saksikan house tour penuh Delevingne di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!