4 Trik Selfie Supaya Muka Nampak Tirus & Runcing );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Trend

4 Trik Selfie Supaya Muka Nampak Tirus & Runcing

Ain Huda
Share

Antara masalah terbesar bagi perempuan adalah bila bergambar pipi nampak timbul atau senang cerita nampak tembam! Ini antara syarat utama bila jadi perempuan. Harus kurus setiap masa.

So, Bae & Beauty ada tips untuk nampakkan muka korang jadi tirus, kurus dan V-shaped bila selfie. Nak buat exercise muka tak rajin, nak buat pembedahan tak nak membazir. Cuba cara mudah dan tak perlu keluarkan duit pun. 

Pastikan Cahaya Cukup

Kalau tak cukup cahaya, mana-mana gambar pun tak akan menjadi. Pencahayaan yang cukup akan mengurangkan kesan garis-garis pada muka. Bayangan yang disebabkan tak cukup cahaya membuatkan korang nampak berisi.

Angle Sesuai

Untuk elakkan nampak muka korang tembam macam pau. Korang kena cari angle terbaik untuk muka korang. Setiap orang ada posisi yang cantik bila bergambar. Try and error dulu baru korang tahu mana angle yang sesuai. Selalunya cara mengiring sikit baru nampak tirus.

Conturing Dan Shading

The power of makeup! Guna skill makeup korang untuk menampakkan bentuk muka korang jadi tirus. Teknik ini paling berkesan dan mudah. Belajar teknik conturing dan shading yang sesuai dengan muka korang. Terus muka macam Angelina Jolie, sis.

Duck-Face

Eh, ingat saja-saja ke buat duck-face? Haa walaupun duck-face tidak lagi relevan di kala ini. Tapi sebenarnya duck-face membantu korang nampak kurus! Cuba try depan cermin. Hihi~

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!