7 Senaman Boleh Dilakukan Di Rumah, Last Sekali Paling Seronok

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Kecantikan Sihat

7 Senaman Boleh Dilakukan Di Rumah, Last Sekali Paling Seronok

Share
Senaman

Malas nak pergi gimnasium, nak kena bayar pula. Nak bersenam tapi dalam masa yang sama nak berjimat. Musim COVID-19, gym pun tutup. Tak ada alasan lagi tak boleh bersenam kalau sebenarnya boleh bersenam dekat kawasan kediaman atau dalam rumah. Jangan malas!

Senang je, cuma kena rajin dan ada keinginan untuk menjalani gaya hidup sihat. Nak lagi feeling, beli tikar senaman atau yoga mat untuk lebih bersemangat. Eh, jangan lupa diet tau! Hari-hari keluar peluh tapi makan tak jaga pun masih boleh bertambah berat badan. Apa je senaman yang boleh buat dekat rumah?

Jalan-Jalan

Bukan jalan-jalan naik kereta atau motor. Tapi jalan kaki. Seeloknya turun naik tangga. Kalau tak ada tangga, jalan sekitar taman perumahan. Kalau tak jogging pun sekurang-kurangnya otot kaki korang bekerja dan jadi semakin kuat.

Lari Setempat

Untuk menjaga kesihatan hati dan jantung. Selain berjogging atau berlari, korang boleh lari setempat. Buat depan tv pun boleh. Kalau ada threadmill lagi senang. Tak ada masalah, janji korang berlari. Okay?

Tekan Tubi

Tekan tuba tak semestinya dengan cara meniarap. Untuk memudahkan korang, buat sahaja tekanan sambil berdiri di dinding. Lama-kelamaan korang boleh buat tekan tubi seperti biasa. Ia menguatkan lagi lengan dan bahagian dada.

Naikkan Kaki

Sambil baring pun boleh bersenam ya. Luruskan kaki dan rapatkan ke dinding. Sebenarnya banyak cara lain. Buat beberapa minit. Otot kaki korang semakin kuat. Pastikan korang baring tempat rata ye.

Lompat Katak

Buat lompat katak selama 10 saat. Senaman ini sangat sesuai sebelum memulakan senaman kardiovaskular. Panaskan badan korang dulu sebelum meneruskan senaman yang berat.

Squat

Senaman ini popular sebab boleh jaga otot punggung. Bukan itu sahaja, kaki pun boleh jadi kuat. Duduk separa dan berdiri. Ulang beberapa kali. Ia memberi manfaat pada otot bahagian pinggang ke bawah.

Menari

Tak suka senaman, jogging pun cepat rasa penat. Perkara paling senang dan mudah adalah menari atau zumba. Pasang lagu rancak kegemaran korang dan menari. Nak kesan maksimum ikut steps yang diberi. Buka saja YouTube, banyak video yang korang boleh ikut dan berpeluh. Bestkan?

Selamat mencuba dan jalani sebuah kehidupan yang lebih sihat dan produktif.

 

Teruskan membaca: Makan Pedas Boleh Kurus? Ketahui 8 Diet Pemakanan Terbaik Untuk Kekal Sihat
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!