Sindrom Triphallia: Dilahirkan Dengan 3 Alat Sulit Lelaki );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Sindrom Triphallia: Dilahirkan Dengan 3 Alat Sulit Lelaki

Share
sindrom

Bayi lelaki di Iraq merupakan pesakit pertama mengalami sindrom Triphallia iaitu keganjilan pada alat sulit 3 zakar.  

Sejarah perubatan mengalami detik mencemaskan berikutan daripada penyakit taboo yang wujud di kalangan lelaki. Lebih mengejutkan lagi apabila sindrom aneh ini pertama kali terjadi pada bayi lelaki. Ya, kisah ini fakta bukan auta semata-mata.

Setahun lalu, keluarga pada bayi kelahiran Duhok itu membawanya ke hospital kerana mengalami pembengkakan pada scrotum di usia 3 bulan.

Menurut Dr Shakir Saleem Jabali dalam Jurnal Laporan Kes Pembedahan Antarabangsa, scrotum atau kantung yang membungkus bahagian testis  bayi itu didapati bengkak.

“Selain itu, bayi terbabit itu juga mempunyai tonjolan kulit yang menjadikan dua alat kelamin ekstra,” katanya.

Pasukan perubatan yang membuat pemeriksaan terkejut apabila mendapati kedua-dua bonjolan itu berbentuk seakan alat sulit sepanjang 2 sentimeter dan 1 sentimeter.

Penderitaan bayi itu belum dapat dipastikan puncanya kerana masih dalam penyelidikan.

Walau bagaimanapun, hanya 1 daripada 3 alat sulit itu yang berfungsi kerana mempunyai saluran air kencing dan air mani (urethra) dan doktor menasihatkan alat sulit yang berlebihan tersebut dibuang.

“Kami sudah melihat secara keseluruhannya dan pembuangan ini adalah cara terbaik buat si bayi,” katanya lagi.

Setelah melakukan pemantauan, Dr Jabali memaklumkan bahawa bayi tersebut tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menjalani proses pembuangan organ berlebihan terbabit.



Sindrom Diphallia

Sebelum ini, terdapat juga penyakit yang berkaitan alat sulit lelaki dan hampir sama dengan Triphallia iaitu sindrom Diphallia. Sindrom Diphallia ini disifatkan sebagai penyakit yang mempunyai sepasang atau lebih dari satu zakar dan pertama kali dilaporkan pada tahun 1609.

sindrom

Doktor mengatakan satu dari setiap lima hingga enam juta anak lelaki lahir dengan lebih dari satu penis, dengan sekitar 100 penyakit Diphallia – 2 penis – tercatat di seluruh dunia.

Bagaimana Penyakit Ini Terjadi?

Diphallia merupakan keadaan genetik yang berlaku semasa perkembangan janin. Ketidakteraturan genetik yang menyebabkan Diphallia berlaku semasa perkembangan alat kelamin.

Sebilangan penyelidik mencadangkan bahawa pendedahan kepada ubat-ubatan, jangkitan, atau kerosakan lain antara hari ke-23 dan ke-25 kehamilan boleh menyebabkan diphallia, kerana ini adalah tahap penting perkembangan janin.

sindrom

Rawatan

Pembedahan adalah satu-satunya kaedah untuk merawat Diphallia. Pembedahan biasanya melibatkan memotong lingga dan urethra tambahannya. Dengan melakukan pembedahan pasukan perubatan dapat mengatasi Diphallia atau masalah kelahiran tambahan secara berperingkat.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!