4 Style Tudung Ini Cerminkan Personaliti Korang

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

4 Style Tudung Ini Cerminkan Personaliti Korang

Share
tudung

Zaman sekarang ini, terdapat pelbagai style tudung yang semakin luar biasa dan cantik mata memandang dalam fesyen.

Ada perempuan yang jenis tak kisah tentang style tudung yang dipakai, ada juga yang titikberatkan fesyen tudung yang dipakai.

Hah, untuk pengetahuan korang, pemakaian style tudung sebenarnya mencerminkan personaliti seseorang.

Menurut pakar perunding imej, setiap personaliti cenderung untuk memilih style harian untuk dirinya sendiri. Jadi jom kita lihat jenis-jenis personaliti mengikut gaya tudung.

1. Tudung Sarung / Instant

tudung sarung
Instagram/©QairaHijab

Personaliti yang suka memakai tudung sarung atau instant sebagai tudung harian ini selalunya mempunyai personaliti yangn natural dan simple.

Perempuan yang suka pakai tudung style ini gemar memilih kain tudung seperti lycra kerana sangat ringkas, mudah dan jimat masa untuk bersiap.

Personaliti natural sangat sukakan warna-warna lembut seperti pink belacan, kelabu atau pun nude color.

Selalunya, karakter bagi perempuan yang suka pakai tudung instant ini selalunya cenderung untuk tidak memakai apa-apa aksesori seperti pin tudung.

2. Shawl

shawl
Instagram/©Hannah Delisha

Bagi perempuan yang suka style melilitkan selendang atau shawl ini pula cenderung mempunyai sifat yang romantik kerana ia menyerlahkan lagi unsur feminin kepada si pemakai.

Bagi korang, tampil feminin juga perlu kelihatan bergaya. Jadi, mereka tahu bagaimana menggunakan selendang yang memiliki manik, bunga atau lace.

Biasanya korang yang suka pakai shawl ini mempunyai koleksi tudung yang banyak. Penggemar shawl sangat menggemari gaya yang memerlukan aktiviti ‘lilit-melilit’. Bagi mereka itu adalah part of creativity dan tiada masalah ambil sedikit masa untuk bersiap.

3. Bawal

bawal

Bagi peminat tudung bawal, korang lebih berwatakkan klasik iaitu seseorang yang pentingkan pratikal dan keselesaan berbanding gaya. Yang penting bagi korang, kemas nampak smart dan profesional pun sudah okay.

Korang juga jenis setia pada satu jenama sahaja apabila mereka rasa sudah selesa dengan tudung tersebut.

4. Turban

turban
Instagram/©Erra Fazira

Gaya yang unik ini juga mempunyai peminatnya yang tersendiri. Korang mempunyai perwatakkan dramatik kerana berani bereskperimen dengan pelbagai gaya tudung yang tersendiri.

Ini menunjukkan yang korang juga kreatif dalam penggayaan tudung. Kebanyakan perempuan yang ada personaliti dramatik ini cepat belajar teknik tutorial tudung dengan hanya melihat gambar, video atau mencipta gaya sendiri.

Ada sesetengah pemakai style Turba ini tidak mementingkan harga atau brand tudung. Yang penting adalah gaya tudung supaya mereka nampak unik dan stailo.

Bagaimana Kalau Korang Ada Lebih Daripada 1 Jenis Gaya?

Jika korang mempunyai beberapa ciri dalam beberapa kumpulan personaliti, berkemungkinan anda ada lebih daripada satu stail personaliti.

Anyways, ini adalah panduan ringkas sahaja. Dapatkan nasihat bersama dengan perunding imej yang bertauliah kalau korang hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang stail personaliti anda.

Jadi, korang penggemar style yang mana?

 

Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!