Syukur, Kini Sweet Qismina Merupakan Bekas Pesakit Covid-19 );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Syukur Dah Sembuh, Kini Sweet Qismina Merupakan Bekas Pesakit Covid-19

Share
syukur

Selepas menjalani kuarantin di Ipoh, Sweet Qismina telah pulang ke Kuala Lumpur dengan Covid-19 free! Syukur, Alhamdulillah!

Terdahulu, pelakon Malaysia Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24 didapati positif Covid-19 semasa menjalani penggambaran filem di Kuala Kangsar.

Perkongsian itu dihebahkan di laman Instagramnya pada 21 April yang lalu.

syukur

Walaupun Sweet merupakan antara pelakon yang sering mengambil ujian calitan (swab test) 2 minggu sekali sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan orang disekelilingnya sepanjang bekerja.

“Tapi bila Allah kata nak kena, memang nak kena jugak, so don’t blame people for this please.

“Semua kuasa Allah & Allah tahu kita kuat untuk semua ujian ini,” ujarnya lagi.

Sweet turut berkongsi simptom-simptom yang dialaminya sebelum disahkan mempunyai penyakit berjangkit itu.

Menurut rekod kesihatannya, Sweet tidak mengalami sebarang komplikasi hanya sekadar hilang deria rasa dan bau.

syukur
syukur

Namun, pelakon Bidadari Salju itu telah selesai menjalani tempoh kuarantin di Ipoh dan telah pulang ke Kuala Lumpur dengan tubuh badan bebas Covid-19.

Sweet juga ingin mengambil peluang untuk memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak pentingkan diri dan sentiasa berjaga-jaga.

Segera ke pusat kesihatan dan lakukan swab test sebaik sahaja anda mengalami sebarang simptom Covid-19.

Sumber: Sweet Qismina

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!