Nak Tahu Tanda-Tanda Lelaki Setia Yang Sebenar? );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Trend

Show Off Girlfriend Tak Bermakna Setia. Nak Tahu Tanda-Tanda Lelaki Setia Yang Sebenar?

Share

Bagi korang, apa tanda-tanda partner korang setia? Setiap malam call? 24 jam whatsapp? Belikan cincin? Atau korang tengok pada perlakuan dia? Kemesraan dia?

Kadang-kadang show off pasangan dalam media sosial bukanlah tanda dia seorang yang setia. Nak tahu cara mudah untuk detect dia setia ke tak? Jom tengok 5 tanda lelaki setia. Opss, apa-apa pun korang still kena hati-hati.

Bukan Sembang Kosong

Selalu kotakan janji dia. Paling basic, kalau dia dah janji nak dinner sama-sama, dia akan bawa tanpa ada alasan. Kalau ajak kahwin, dia memang nak kahwin dengan korang! Lelaki banyak janji palsu ni, semua acah-acah je sis.

Curi Masa Walaupun Sibuk

Tahulah kan, kalau orang yang sangat sibuk dengan kerja dia memang akan lupakan semuanya. Selalunya lelaki, tak boleh buat banyak benda dalam satu masa. Tapi kalau dia tengah sibuk tapi dia curi masa untuk Whatsapp atau call korang, maknanya dia betul-betul letak korang priority dalam hidup dia.

Puji

Nak puji ada tempat logiknya. Lelaki yang setia dan sayangkan korang tak puji korang setiap masa. Ada waktu tertentu je dia puji. Kalau setiap masa mulut manis rimas juga sampai rasa fake pula.

Tak Mengaku Setia

Jujur dan boleh dipercayai. Kalau partner korang selalu mengaku dia setia, mohon korang berjaga-jaga ye. Jarang orang setia mengaku setia melainkan nak meyakinkan korang yang dia ‘sangat’ setia. Emm..

Tak Cemburu Buta

Jealous memang benda wajib dalam hubungan. Tapi jealous pun ada level, jangan dengan abang food delivery pun nak jealous. Kalau rasa dia jealous tak bertempat tu maknanya dia ada buat sesuatu belakang korang. So, dia takut dengan bayang-bayang dia sendiri.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!