4 Tips Kalau Adik Korang 'Langkah Bendul' );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

4 Tips Kalau Adik Korang ‘Langkah Bendul’

Ain Huda
Share

Korang pernah tak mengalami situasi ‘langkah bendul’? Langkah bendul ni adalah adik kahwin dulu sebelum kakak. Haa, jangan sedih ye kawan-kawan. Ini hanyalah adat Melayu yang sebetulnya jodoh adalah takdir. Lagi pun ini kepercayaan orang dulu-dulu dan ada sesetengah orang sekarang masih amalkan perkara ini.

Masyarakat Melayu ada macam-macam adat dan kepercayaan. Zaman sekarang kalau ada yang nak ikut pun boleh, kalau tak nak pun tak apa. Ia tidak menyalahi syarak tapi jangan sampai menyusahkan pihak tertentu.

Dapat Hadiah

Seronoknya kalau adik kahwin dulu, korang dapat hadiah! Orang dulu-dulu minta sepersalinan pakaian dari bakal suami si adik atau bakal adik ipar. Hadiah yang diberi bertujuan untuk menggembirakan hati si kakak.

Jangan Menyusahkan

Apa-apa pun dalam hal ini, si kakak janganlah susahkan bakal pengantin. Yang kakak pun mintalah hadiah yang mereka mampu. Jangan minta sebuah rumah pula, tak kahwin adik korang tu nanti. Tapi kalau mampu, apa salahnya, kan? Hiks!

Sokong

Jangan bitter! Kalau adik nak kahwin, bagi mereka sokongan, cadangan dan ambil berat. Jangan korang brain wash diorang yang kahwin ni menyusahkan atau cerita apa-apa yang tak elok. Biarlah mereka kahwin dan menguruskan rumah tangga sendiri. Korang yang single tu, teruskan mencari bakal imam yee.

Doa Yang Baik-Baik

Doakan yang terbaik untuk bakal pengantin dan semoga perkahwinan mereka sampai ke akhir hayat. Sebarkan positif vibe atau jangan sesekali dengki. Manalah tahu lepas adik korang kahwin, rezeki korang pula merasa. Tak salah buat baik dengan orang.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!