Umur Cecah 40 Tapi Handsome Lagi! Apa Rahsia );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Sihat Trend

Umur Cecah 40 Tapi Handsome Lagi! Apa Rahsia Lelaki Nampak Muda?

Share

OMG! Umur dah cecah 40 tapi nampak macam 30-an lagi. Apa rahsia lelaki berusia tapi nampak muda? Bukan perempuan je tau nak nampak awet muda. Lelaki pun kena jaga penampilan untuk tak nampak tua sebelum usia.

Janganlah bila dah berkahwin dan ada cucu, penampilan tak dijaga. Bukan untuk dapat perhatian perempuan lain tapi cukup untuk nampak diri lebih presentable dan smart. Selain daripada melakukan aktiviti sihat, jom tengok rahsia awet muda untuk para lelaki.

Rambut

Lelaki biasanya mempunyai masalah rambut jarang, botak dan gugur. Yang tiada masalah macam ni, dan rambut masih lebat tolong jaga rambut korang elok-elok. Untuk lelaki yang berkerjaya tidak sesuai mewarnakan rambut dengan warna yang pelik. Korang hanya perlukan produk yang berkualiti untuk menjaga rambut.

Misai Dan Janggut

Ini juga penting kepada mereka yang cecah umur semakin meningkat. Penjagaan misai dan janggut sangat memainkan peranan. Kekemasan misai dan janggut adalah keutamaan dan memberi pandangan pertama. Kemaskan misai dan janggut. Kalau nak berjambang, pastikan jambang korang bersih, dijaga dan sentiasa dikemaskan. Tapi kalau tiada misai dan janggut, korang perlu menjaga kebersihan muka. Barulah nampak muda, kan?

Penjagaan Gigi

Kesihatan gigi mencerminkan gaya hidup seseorang. Sebab tu orang yang tidak merokok tidak mempunyai masalah gigi dan bau mulut. Doktor juga menyarankan buat rawatan gigi dua kali setahun. Masalah gigi boleh dirawat dari awal dengan teknologi yang ada. Kalau senyum tu taklah ada gigi yang masalah.

Sunblock

Pakai sunblock setiap hari! Sebelum keluar rumah, pastikan sapu sunblock pada muka, lengan dan leher. Guna sunblock yang bersesuaian dan amalkan selama sebulan. Pasti korang dapat rasa perubahan pada kulit.

Kesihatan Badan

Masalah buncit adalah masalah yang sering terjadi kepada lelaki yang sudah berkahwin. Tapi lately yang tak kahwin lagi pun dah ada masalah perut boroi. Rajin-rajinkanlah diri untuk bersenam. Tak nak hari-hari pun tak apa, sekurang-kurangnya seminggu tiga kali. Makan pun kena jaga tau!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!