Vanessa Hudgens Jumpa Anak Ashley Tisdale Berusia 2 Bulan );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Vanessa Hudgens Teruja Jumpa Anak Ashley Tisdale Berusia 2 Bulan Buat Kali Pertama

Share

Mesti ramai tahu lagu dan cerita High School Musical yang pernah menjadi satu fenomena buat seketika dahulu. Baru-baru ini Vanessa Hudgens telah berjumpa dengan anak perempuan Ashley Tisdale, Jupiter Iris French buat kali pertama. Comel betul mereka berdua!

Ashley Tisdale sempat merakam momen manis memperkenalkan rakan baiknya kepada Jupiter menerusi Instagram story hari Jumaat yang lalu.

“Juju & Aunt Nessa,” itulah caption yang ditulis pelakon Ashley, 35, pada foto yang menunjukkan momen Vanessa, 32, duduk di sofa sambil memeluk Jupiter.

jumpa
Sumber: instagram/ashleytisdale

“Jupiter seakan selesa ketika bertemu dengan Ness. Ini sangat menyentuh perasaan saya,” tambah Ashley lagi.

jumpa
Sumber: instagram/ashleytisdale

Sementara itu, Vanessa juga turut memuatnaik gambar di IG storynya, dengan caption “Saya dah jatuh cinta dengan bidadari ini.”

Macam tak percaya kan sekejap je masa berlalu, dulu kita lihat zaman mereka remaja kini masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

3 minggu sebelum bersalin…

Walaupun pelakon HSM yang memegang watak sebagai Sharpay ni sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak, hubungan persahabatannya dengan Vanessa masih utuh.

Fasa keibuan boleh menjadi satu permulaan yang baru bagi Ashley Tisdale, tetapi dia tidak sendirian. 3 minggu sebelum Ashley bersalin, Vanessa sempat berjumpa untuk memberi sokongan kepadanya. Walaupun ketika itu sudah hampir setahun kedua-dua pelakon HSM ini tidak berjumpa.

Macam biasa bila kita jumpa kawan lama, sesi foto merupakan satu sesi wajib dilakukan dan disimpan sebagai kenangan.

Itulah yang dilakukan mereka berdua. Ashley menyiarkan gambar Vanessa memeluk baby bumpnya.

Keakraban Vanessa dan Ashley

Sebulan yang lalu, Vanessa pernah menjawab persoalan ketika ditemu bual oleh  Accessmengapa dia masih belum berjumpa dengan anak pertama rakan baiknya.

jumpa
sumber: youtube/access

“Sebenarnya saya teruja dan mahu sangat berjumpa dengan Jupiter Iris tapi saya perlu tunggu masa yang sesuai dan pastikan saya tidak kemana-kemana sebelum berjumpa dengan anak Ashley,” jelas Vanessa kepada Access Daily’s berkenaan rancangannya untuk berjumpa si kecil dalam waktu pandemik COVID-19.

Vanessa kemudian memberitahu bahawa Ashley ada membuat permintaan untuk pertemuan itu.

“Ashley pesan, saya harus datang dan menyanyi untuk anaknya kerana Jupiter sukakan nyanyian.

“Semasa dia masih dalam kandungan Ashley lagi dia sudah memberi respon baik dengan menendang jika ada nyanyian, jadi saya akan datang dan menjadi aunty yang sentiasa nyanyikan untuknya,” kata Vanessa yang dalam keadaan teruja.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!