Wanita Ini Bongkarkan Cara Hias Rumah Kampung Guna Bahan Terpakai );

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup Pilihan Bae & Beauty

Wanita Ini Bongkarkan Cara Hias Rumah Kampung Guna Bahan Terpakai

Share
wanita

Cantik sungguh wanita ini hias dalaman rumah kampung yang terletak di Kuala Pilah ini. Dari luar rumah, bak kata Wahid dalam filem Lagi-lagi Senario, ‘Luar setinggan, dalam macam kondo woo’.

Paling penulis kagum bila kebanyakan perabot dan hiasan dalaman rumah tersebut berkonsepkan Inggeris style yang dibuat sendiri oleh wanita bernama Norpadilah bt Affandi ini.

Hasil kerja tangannya ternyata penuh seni dan awesome! Antara yang menarik perhatian adalah perabot seperti kerusi, meja makan, serta meja ruang tamu.

Menerusi perkongsiannya, rumah pusaka ini asalnya separa batu dan kayu. Namun disebabkan mula reput dek anai-anai, dia mula baikpulih dinding rumah tersebut.

'Rumah Buruk Impian Melangit'

wanita

Rumah pusaka, asalnya separa batu dan separa kayu, rumah kelahiran saya. Berpuluh tahun usianya mula reput dimakan anai2.

10 tahun lepas, dikurniakan sedikit rezeki utk baik pulih dinding yang mulai mereput. Alhamdulillah dapat naikkan dinding batu.

Tapi bajet yang ada tak memberi ruang buat merubah design dan rupa bentuk rumah asal. Cukup sekadar selesa dengan dinding yang baru.

Dari situ, sikit-sikit memasang impian dan mula belajar untuk ber’DIY’ menggunakan sepenuhnya kayu atau papan terpakai serta bahan buangan yang sudah tidak bernilai dimata orang lain dan beransur-ansur biarpun menelan masa bertahun, melakar dan merealisasikan ‘kampunghouse’.

Dalam lautan dekorasi terkini, gah dan mewah. Saya cukup sekadar merasa bahagia dan berbangga dgn hasil usaha yang tak sepertinya. Bahagia yang sungguh sederhana.

Masih belum selesai lagi kerja-kerja DIY. Doakan saya ada rezeki untuk menukar cat luar rumah dalam masa terdekat.

[Sumber: Norpadilah Binti Afandi]

Ikuti kisah lain tentang dekorasi dalam rumah di sini: Deko rumah dengan kreatif guna pallet saja~

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!