Girls, Please Jaga Private Part Dengan Betul! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Sihat

Girls, Please Jaga Private Part Dengan Betul!

Share

Menjaga private part atau Miss V sangat penting. Jangan sesekali memandang remeh dan malu untuk bertanya. Sebenarnya ramai lagi perempuan yang masih tidak mahir atau tidak tahu cara menjaga dan membersihkan kawasan tersebut dengan betul.

Kalau private part anda tidak sihat, segala macam boleh berlaku. Anda pun tidak selesa dan tiada keyakinan diri. Penjagaan sangat rapi kerana ia sensitif. Sebelum anda stress dan perlukan rawatan, apa kata anda jaga dengan betul.

Bersihkan Setelah Membuang Air

Ada ke tak bersihkan? Mestilah tidak, kan? Tapi perlu diingatkan cuci Miss V selepas buang air. Tak kira buang air besar atau kecil. Bersihkan dari depan ke belakang untuk mengelakkan daripada bakteria bahagian belakang ke hadapan. Jika ada jangkitan bakteria, itu adalah tanda awal untuk berlaku kuman merebak. Jangan lupa selepas cuci, lap sehingga kering jangan biarkan lembap!

 

Guna Alat Perlindungan

Kebaikan menggunakan alat perlindungan seperti kondom adalah langkah terbaik untuk menjaga private part daripada penyakit kelamin. Tetapi berhati-hati semasa menggunakan alat perlindungan tersebut. Mungkin boleh menyebabkan iritasi. Jadi, pilih yang bersesuaian.

 

Keseimbangan PH

Normal PH private part perempuan adalah 3,8 – 4,5. Untuk menjaga keseimbangan PH, anda tidak digalakkan membersihkan kawasan tersebut menggunakan sabun yang mengandungi pewangi, gel atau antiseptik. Ia akan mengganggu keseimbangan PH dan bakteria baik dalam private part.

 

Semasa Period

Bila tarikh sudah sampai waktunya anda mengalami menstrual cycle. Bermakna anda perlu bersiap sedia, paling mudah gunakan aplikasi period calender untuk memudahkan hari-hari anda. Semasa period, anda perlu extra menjaga kebersihan Miss V. Pastikan setiap kali buang air, bersihkan private part dari depan ke belakang. Lebih elok gunakan air suam. Ganti pad jika perlu. Jangan biarkan ia basah atau lembap, ia akan mengakibatkan kuman.

 

Cukur

Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu clean shave kerana ia berfungsi mencegah bakteria dan kotoran masuk ke dalam Miss V. Ada juga yang tidak selesa. Apa yang perlu anda lakukan adalah cukup hanya shave yang diperlukan sahaja. Jika anda jenis clean shave, guna gel atau krim khas yang sesuai untuk elakkan daripada iritasi pada kulit.

 

Seluar Ketat

Sebenarnya memakai pakaian ketat salah satu punca private part tidak sihat. Sama ada seluar atau pakaian dalam. Perempuan digalakkan memakaian pakaian dalam jenis kapas atau cotton untuk menyerap peluh dan mengaliran udara yanag baik supaya tidak lembap. Jika seluar dalam basah, anda perlu segera tukar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!