Gunakan Tips Ini Untuk Menyimpan Beg Tangan Kulit Dengan Betul - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Gunakan Tips Ini Untuk Menyimpan Beg Tangan Kulit Dengan Betul

Share

Beg tangan adalah barang wajib dibawa oleh kaum wanita. Kalau tidak bawa rasa seperti tidak lengkap dan mesti ada barang tertinggal. Material beg tangan kulit sangat digemari kerana kualiti yang bagus, kuat, tahan lama dan paling penting nampak mahal. Walaupun ia tahan lama tetapi jika penjagaan yang tidak betul beg akan cepat rosak. Barangan kulit semakin lama semakin cantik. Untuk dapatkan nilai vintage pada beg tangan jenis kulit, ikuti cara menyimpan dan penjagaan beg dengan betul.

Tekstur Kulit

Ingat, jangan tekan dan gosok beg tangan kulit anda! Dab sedikit perapi atau pencuci dengan lembut. Jika anda menggosok dengan kuat permukaan beg akan koyak dan berkedut.

Apabila anda menggunakan beg kulit, jangan biasakan diri meletakkan beg di lantai. Letak di atas meja, di atas riba atau ambil kerusi kosong dan letakkan di atas kerusi. Yang paling mudah adalah, beli penyangkut beg untuk anda sangkut beg di meja. Ini kerana supaya beg anda tidak kotor atau di langgar.

Selain itu, elakkan terkena daripada cahaya matahari secara terus kerana akan merosakkan warna dan tekstur beg. Selang-selikan penggunaan beg anda supaya kualiti beg terjaga.

Cara Mencuci

Jangan hanya tahu pakai sahaja, beg tangan jenis kulit ini perlu dicuci. Bukan menggunakan mesin basuh atau rendam tetapi bersihkan kotoran menggunakan kapas dengan pencuci khas atau leather moisturizer. Sapu dengan perlahan supaya kulit tidak rosak dan tertanggal. Lakukan dengan sekali sapuan seminggu sekali. Pasti beg tangan anda tahan lama dan nampak seperti baru sentiasa.

Untuk mengelakkan dalam beg tangan kotor, gunakan beg kecil atau small clutch untuk menyimpan alat solek. Jika foundation, BB krim atau lipstik terbuka dari penutup, interior beg masih selamat dan tidak kotor. Selain itu, memudahkan anda untuk mencari alat solek di dalam beg.

Cara Menyimpan

Gunakan dust bag atau beg habuk untuk elakkan kotoran melekat pada beg tangan kulit. Jika tiada dust bag, anda boleh gunakan tudung atau baju yang sudah tidak digunakan untuk membalutnya. Jangan biarkan beg kulit bergesel antara satu sama lain. Seeloknya simpan beg secara letak di dalam almari atau tempat simpanan khas. Elakkan simpan secara menggantungkan beg tersebut.

Jangan buang gel silika, biarkan ia berada di dalam beg anda untuk mengelakkan masalah kulat di dalam beg. Sumbat beg dengan kertas atau surat khabar untuk kekalkan bentuk asal beg supaya ia tidak terpenyek.

Kerana terlalu sayangkan beg sehingga tidak memakai beg tersebut dengan tempoh yang lama. Jika beg jarang digunakan, pertumbuhan kulit di sekitar beg akan merosakkan permukaan beg tersebut. Jadi, anda sudah membeli beg yang mahal tetapi terpaksa dibuang kerana tidak memakainya. Sangat merugikan!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!