Hadiah Rare Untuk Lelaki Zaman Sekarang - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Hadiah Rare Untuk Lelaki Zaman Sekarang

Share

Bosan juga setiap kali birthday atau tarikh special, buat surprise deliver bunga dengan coklat, makan malam dekat tempat mewah dan masak makanan kegemaran si dia.

Baca list ini untuk dapatkan idea-idea hadiah kepada lelaki. Tak kiralah boyfriend ke suami ke ayah ke adik ke janji lelaki. Lelaki zaman 2020 ni pun nak juga rasa kejutan yang extra. So, lets!

Hammock Dan Kelambu

Hadiahkan set ini kepada pasangan anda yang gemar melakukan outdoor activity. Berikan hammock yang mudah dipasang dan dikemaskan. Kelambu untuk menghalang kesayangan anda digigit nyamuk! Hiks!

 

Portable BBQ

Ringan, mudah disimpan dan senang dibawa ke mana-mana. Lelaki suka hangout dengan kawan-kawan. Aktiviti mereka bukan macam perempuan, minum di cafe hipster, shopping atau pergi spa. Lelaki lebih gemar mengisi masa dengan aktiviti semula jadi. Sediakan mereka dengan portable BBQ, mana tahu dia pelawa anda untuk join sekali.

 

Gopro

Ok, gopro adalah camera action yang sesuai dibawa untuk aktiviti lasak. Gopro merupakan versatile camera, bukan boleh selfie sahaja malah boleh bawa pergi hiking, berbasikal, diving, kayak, sky diving dan apa-apa aktivitilah. Serious tak rugi!

 

Drone

Hadiahkan drone yang berkualiti walaupun harganya agak tinggi tapi apa salahnya sekali-sekala. Lelaki yang gemarkan teknologi terkini pasti akan melompat gembira kalau dapat hadiah drone ni. Bolehlah si dia mengambil gambar dan video dengan lebih kreatif. Nanti mesti dia manfaatkan sebaik mungkin. Holiday nanti bolehlah ambil video anda dan dia. Untung, kan?

 

Teleskop Kamera

Jenis lelaki yang sukakan aktiviti luar dan mengambil gambar. Hasil gambar mereka perlu menarik, jadi hadiahkan mereka teleskop kamera yang boleh digunakan pada handphone. Tak payah susah-susah dia bawa kamera yang berat tu. Teleskop kamera membantu menghasilkan mengambil gambar objek jauh menjadi lebih jelas dan cantik.

 

Punching Bag

Seronok juga kalau dapat punching bag. Boleh lepaskan geram. Alang-alang tu boleh bakar lemak, kuatkan otot, tingkatkan stamina dan tingkatkan kekuatan badan. Daripada membuang masa, baik jaga badan.

 

Power Tools

Kebanyakan lelaki gemar buat kerja baik pulih sendiri. Tak perlu upah orang. Bila anda hadiahkan power tools, kerja-kerja mudah mesti selesai. Hadiahkan power tools cordless, screwdriver wireless dan drill. Lepas ni, kalau ada kerosakan kecil, anda pun tak payah risau dah.

 

Pencukur Elektrik

Lelaki memerlukan pencukur sebab banyak bulu pada muka. Kadang-kadang nampak serabut sebab tak sempat nak pergi kedai untuk rapikan. Jangan tahu complain je, apa kata hadiahkan pasangan anda pencukur elektrik. Paling terbaik pencukur cordless. Tak payah mereka kerap pergi ke kedai. Handsome pun untuk anda juga.

 

Penghawa Dingin Mudah Alih

Walaupun Malaysia bukan negara empat musim tapi kita ada dua cuaca. Panas dan sejuk. Kalau musim hujan, sejuk sangat. Kalau dah tiba musim panas, lepas mandi pun boleh berpeluh. Lagi-lagi lelaki. Benda paling function untuk mereka adalah portable aircond. Pilih saiz yang sesuai untuk bilik tidur.

 

Pembakar Roti

Anda perlu tahu bahawa lelaki selalu sibuk. Sampai tak sempat makan dan sarapan untuk alas perut. Bagi je mereka pembakar roti. Kenyang, cepat dan mudah. Tak payah keluarkan kuali pun, senang kan?

 

Mini Fridge

Yang ‘mini’ semua orang suka sebab senang. Saiz kecil dan mudah alih. Lagi-lagi kepada lelaki bujang. Bagi mereka mini fridge ni, letak dalam bilik. Mereka boleh letak minuman kegemaran tanpa keluar rumah. Bilik pun boleh jadi mini bar.

 

Jam Tangan

Jam tangan boleh dikatakan aksesori wajib untuk lelaki, kalau tak pakai tu nampak tak sempurna. Selain daripada tahu masa, pakai jam mencermin personaliti seorang lelaki. Sebab tu lelaki banyak jam, mereka akan tukar-tukar jam pada setiap event yang mereka hadiri. Lagi banyak jam, lagi best. Mesti dia pakai jam yang diberi oleh anda pada hari istimewa.

 

Smartwatch

Jam tangan lebih kepada aktiviti yang aktif. Smartwatch ada banyak fungsi. Selain nampak lebih sporty, ia juga berguna untuk fitness tracker, notification, panggilan telefon dan banyak lagi! Smartwatch boleh dikatakan seperti jam tangan kesihatan.

 

Speaker

Tengok movie dengan speaker, layan teruklah orang kata. Baru macam dalam panggung wayang. Kepada pasangan yang suka tengok movie dan dengar lagu, anda boleh hadiahkan wireless speaker. Cari design yang cantik dan kualiti yang bagus, mesti dia suka.

 

Earphone

Earphone mudah rosak, susah juga nak jaga. Hadiahkan pasangan anda yang suka mendengar lagu dengan earphone yang berkuaiti dan tahan lasak.

 

Headphone

Banyak kegunaan headphone. Selain boleh dengar lagu, headphone penting untk main game! Paling best kalau headphone hands-free. Bebas bergerak.

 

Keyboard Dan Mouse Bamboo

Eh, cutekan kalau dapat hadiahkan buah hati keyboard dan mouse komputer yang dibuat daripada buluh. Reka bentuk yang ergonomik dan sangat semula jadi. Sesuai untuk pecinta alam! Setiap huruf dan nombor juga diukur. Classic dan selesa untuk digunakan.

 

PS4

Walaupun PS5 dah muncul, PS4 tetap menjadi pilihan. Lagipun murahlah sikit dari yang latest. Kalau ada budget, boleh beli yang paling baru kalau mampu tapi lelaki as long dapat set video game mereka tetap gembira. Hadiah ini akan menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup dia. Janganlah halang apa yang dia suka, sekali-sekala support sikit. Lelaki pasti mengharapkan hadiah kejutan macam ni dari pasangan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!