Handsome Pun Single. Nak Tahu Tak Sebenarnya Lelaki Handsome Lagi Susah Jumpa Partner! - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Gaya Hidup

Handsome Pun Single. Nak Tahu Tak Sebenarnya Lelaki Handsome Lagi Susah Jumpa Partner!

Share

Handsome je playboy, handsome je ada girlfriend. Eh tak, tak! Tak semua ye girls. So, korang masih ada peluang untuk memenangi hati abang-abang kacak.

Walaupun ada rupa, ada kerjaya, ada segala benda tapi masih lagi tak ada pasangan hidup. Kenapa eh? Mereka yang handsome ni bukan semua kaki perempuan tapi mungkin sibuk mengatur jalan hidup. Apa punca abang handsome ni single?

Pengalaman Lalu

Ingat handsome tak pernah kena ditch ke? Sama je dengan perempuan. Pengalaman lepas mungkin masih segar dalam ingatan. Sedih, kecewa dan terlalu berhati-hati untuk memilih pasangan hidup. Lelakikan ego, jadi mereka rasa tidak perlu membuang masa selagi tidak bersedia. Pandai-pandailah korang tackle k.

 

Susah Dekat

Ini persepsi perempuan terhadap lelaki kacak. Padahal mereka ok je. Tapi disebabkan perempuan fikir lelaki macam tu mesti ramai peminat, mesti nak perempuan hot dan sebagainya. Biasalah perempuankan overthinking tanpa mencuba. Kalau tak cuba, tak tahu kan. Sebab tulah lelaki handsome susah dapat pasangan sebab perempuan pun takut.

 

Play Hard To Get

Hey, ingat perempuan je ke boleh jual mahal. Lelaki kalau jual mahal kadang-kadang lagi mahal dari perempuan. Tambah pula dengan level ego yang sangat tinggi. Sampai kalau dia suka seorang perempuan pun, sanggup tak confess sebab tak nak maruah jatuh. Kan dah rugi! Selain itu, mereka fikir ada ramai lagi perempuan suka padanya. Mungkin tak jadi masalah kepada mereka tapi peluang hanya datang sekali!

 

Memilih

Haaa inilah punca sebenar-benarnya kenapa lelaki handsome single, sebab mereka memilih! Fine, tak semua tapi kebanyakan mesti memilih. Mereka sedar diri ada rupa, mestilah mereka nak cari yang sama level dengan dia untuk jadi peneman hidup. Cantik dan sempurna di mata dia. Susah sikitlah nak dapat. Sebab tu single!

 

Banyak Pilihan

Dahla memilih, banyak pula pilihan tapi satu pun tak berkenan sehinggakan tak dapat buat keputusan. Setiap perempuan yang ada depan mata masing-masing ada baik buruknya. Untuk mengelakkan daripada tersalah pilih dan terlalu menjaga hati, si lelaki pun membuat pilihan untuk tidak memilih sesiapa. Sedihnya.

 

Workaholic

Perasan tak, jarang nampak lelaki handsome ada di merata tempat. Mana diorang pergi? Kadang-kadang lelaki handsome ni lupa nak bersosial sebab terlalu pentingkan kerja untuk menjamin masa depan. Pasangan hidup bukan keutamaan. Mereka memilih kerja sebagai perkara penting kerana pasangan hidup boleh datang bila-bila masa.

 

High Maintenance

Please ubah mind set anda yang lelaki handsome ni high maintenance. Memang ramai lelaki metrosexual, semua dijaga rapi. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dengan perfume, rambut, baju, kasut semuanya. Tapi ada juga lelaki yang ringkas dan tidak terlalu memikirkan brand yang mereka pakai. Kaum perempuan hanya perlu berani kenali dengan lebih dekat. Mana tahu si abang kacak terpikat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!