Hasil Gambar Cantik Guna Kaedah 'Flat Lay' - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Hasil Gambar Cantik Guna Kaedah ‘Flat Lay’

Share

Semakin ramai orang menggunakan media sosial untuk simpan gambar sebagai kenangan atau hobi. Ada yang jadikan koleksi artwork dan ada juga untuk tujuan business online.

Ramai yang mampu menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Apa kata sekali sekala gunakan kaedah flat lay. Gambar flat lay adalah mengambil gambar dari arah atas dan permukaan yang rata. Sebenarnya kaedah ini selalu digunakan oleh perniaga online untuk memberi fokus pada produk mereka. Ikuti tips mengambil gambar yang lebih style dan nampak bersih.

Objek dan Hiasan

Bahan utama mestilah objek yang anda hendak fokus. Hiasan pula jangan letak terlalu banyak dan sarat. Pilih hiasan yang paling sesuai. Letakkan satu dua hiasan sahaja. Oh! Pemilihan warna pun memainkan peranan. Jangan terlalu banyak tona warna, ia akan mengganggu objek utama anda.

Susunan Objek

Susunan objek untuk flat lay mudah dan ringkas. Tips utama adalah jangan susun objek dan hiasan terlalu rapat. Berikan jarak antara objek dan hiasan lain. Kepentingan pemilihan warna yang sesuai adalah untuk memberikan kesan balance terhadap gambar.

Latar Belakang

Untuk flat lay, tidak semestinya latar belakang kosong atau plain. Anda boleh memilih background corak yang minimum untuk menonjolkan objek dan hiasan. Gunakan sahaja kain plain, kertas berwarna atau table mat. Mudah, kan?

Pencahayaan

Syarat fotografi adalah cahaya mesti cukup! Kalau tidak, gambar automatic tak cantik dan gelap. Kaedah flat lay sangat mementingkan cahaya supaya gambar nampak ‘mahal’ dan jelas. Sebelum ambil gambar, cari tempat yang mempunyai cahaya yang cukup. Lebih bagus cahaya matahari. Elakkan bayang-bayang kepada objek. Ia akan menyebabkan gambar tidak cantik. Gunakan foam board atau styrofoam untuk mendapatkan pantulan cahaya yang cantik.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!