Hias Bilik Tidur Ruang Kecil Supaya Nampak Luas Dan Cantik - Verst Bae & Beauty

Type to search

Bae & Beauty Trend

Hias Bilik Tidur Ruang Kecil Supaya Nampak Luas Dan Cantik

Share

Bilik tidur ada ruang paling penting kerana kebanyakan masa kita akan habiskan di dalam bilik. Jadi bilik perlulah selesa. Selain daripada tidur nyenyak dan berkualiti, bilik juga perlu ruang yang cukup untuk perabot dan katil.

Macam mana kalau bilik tidur sempit? Boleh ke nak sumbat semua keperluan bilik? Pengguna Twitter, @ezzaazaidi share tips hias bilik tidur supaya nampak lebih luas dan cantik.

Warna

Warna sangat memainkan peranan untuk setiap ruang. Jika ruang bilik anda kecil, gunakan warna lembut dan terang. Senang cerita warna soft atau warna pastel. Ia akan memberi ilusi ruang yang luas.

 

Perabot

Tidak perlu perabot besar. Anda hanya perlukan perabot yang multifunction atau 2 dalam 1. Sebagai contoh, katil yang ada laci. Katil untuk tidur pada masa yang sama laci boleh menyimpan barang.

 

Cermin

Semua sedia maklum, cermin memang memberi kesan luas kepada ruang. Jadi, anda hanya perlu beli cermin besar atau memanjang untuk mendapatkan imej ruang pantulan bilik.

 

Pencahayaan

Ruang kecil memerlukan cahaya yang cukup untuk kelihatan luas. Seeloknya cahaya semula jadi tapi bila malam anda boleh gunakan lampu tidur atau lampu fairylight untuk menghiasi bilik anda. Selain cerah, bilik anda nampak sangat cute!

 

Ini adalah contoh bilik yang mempunyai ruang yang kecil. Yang penting anda perlu bijak memilih warna cat dan perabot yang bersesuaian. Selamat berdekorasi!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!